NSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

PERPUSTAKAAN

PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

(MEMO DALAMAN)

 

Fail : INTAN 175/15/2 Jld.1 (1)                                                                                                                       Tarikh : 19 Februari 2004

 

TAJUK

 

 

Cadangan Pembelian Buku Untuk Koleksi Perpustakaan INTAN Kampus Bukit Utama Kiara

 

 

DARIPADA

 

 

Pustakawan

 

 

Salinan :

 

Yg Bhg. Dato’ Pengarah

Ketua Pusat R & D

KEPADA

 

 

 

 

Timbalan Pengarah (Akademik)

Timbalan Pengarah (ICT)

Semua Ketua Pusat

Semua Penyelaras Projek Kanan

 

(Seperti Lampiran)

 

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan INTAN sedang mengumpul cadangan pembelian buku, majalah, CD-ROM dan bahan maklumat lain untuk tujuan rujukan dan pinjaman oleh pegawai-pegawai INTAN dan peserta kursus.

 

3. Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan memohon kerjasama Dr./tuan/puan untuk mengemukakan senarai buku/majalah dan bahan maklumat lain yang diperlukan oleh pegawai INTAN dan peserta kursus pad tahun ini. Buku/majalah dan bahan maklumat tersebut adalah dikategorikan seperti berikut :-

 

i.                     Buku teks kursus

ii.                   Buku-buku yang dikenalpasti untuk Senarai Bacaan Kursus

iii.                  Buku rujukan baru

iv.                 Buku yang sedia ada dalam koleksi Perpustakaan dan perlu naskah tambahan

v.                   Buku/penerbitan lain yang diperlukan oleh Pusat masing-masing.

 

4. Sukacitalah kiranya Dr/tuan/puan dapat mengemukakan senarai buku dan bahan maklumat berkenaan mengunakan Borang Cadangan yang dilampirkan dan dikembalikan ke Perpustakaan pada atau sebelum 9 Mac 2004.

 

Segala kerjasama dan perhatian didahului dengan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI

 

 

 

 

(SALASIAH BT ABDUL WAHAB)

 Pustakawan

Samb. Tel : 7266

E-Mail : salasiah@intanbk.intan.my

18-02-4/SAW/memodalaman.doc

************************************************************************************  | Surat Panggilan | Jadual | Contoh 1 | Contoh 2 | Contoh 3 | Contoh 4 | Contoh 5 | Nota | Pautan |

*********************************************************************************

Dibina pada April 1, 2004 dan Di Kemaskini Pada April 02, 2004 Oleh Azizi. Hakcipta@2004