ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

Pengenalan 

 

Keselamatan ditakrifkan sebagai kebebasan daripada ancaman atau bahaya. Keselamatan membolehkan seseorang atau sesuatu kelompok manusia itu hidup dan berkembang maju dan dalam konteks organisasi kerajaan ianya membolehkan berfungsi dengan cekap. Jika ada ancaman keatas keselamatan, peranan dan kewibawaan organisasi itu akan tergugat. Sebagai kakitangan kerajaan  setiap orang bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan diri, tempat kerja dan organisasi. Tanpa keselamatan yang baik, ancaman merbahaya menjelma setiap tika.

 

Aspek keselamatan dalam pengendalian urusan kerajaan ialah "kerahsiaan". Lembaga Peperiksaan adalah agensi berperanan mengendalikan peperiksaan kebangsaan dan semestinya perhatian aspek keselematan dan kerahsiaan diberi perhatian berat.

 

Keutuhan peperiksaan bergantung kepada kesahan dan kebolehpercayaan  dan ini bergantung kepada kerahsiaan dan juga langkah keselamatan yang diambil.

 

Aspek Keselamatan yang berkaitan dengan tugas profesional pegawai-pegawai yang bertugas di Lembaga Peperiksaan , khususnya Sektor Pembinaan dan Pengeluaran Ujian dibahagikan kepada empat kategori :-

 

a) Keselamatan Fizikal

b) Keselamatan Personel

c) Keselamatan Dokumen

d) Keselamatan ICT

 

Tarikh berkuatkuasa peraturan ini dinamakan Tatacara Keselamatan Penghasilan Instrumen Pentaksiran 2004 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2004.

 

Tafsiran

  1. Ahli Panel

  2. Bahan Perealisasian Item

  3. Bilik Bank Item

  4. Bilik Kebal

  5. Bilik Kerja Sulit

  6. Bilik Mesyuarat Panel

  7. Borang Pengesahan Penerimaan

  8. Dokumen Penetapan Darjah

  9. Dokumen Terperingkat

  10. Dokumen Terhad

  11. Dokumen Sulit

  12. Fail Sulit

  13. Hardcopy/Salinan Keras

  14. Idea

  15. Item

  16. Item Pentaksiran

  17. Jadual Spesifikasi Ujian

  18. Kata Laluan

  19. Kertas Soalan

  20. Keselamatan Instrumen Pentaksiran

  21. Manuskrip

  22. Pegawai Pembina

  23. Pemasangan Instrumen

  24. Penggubal

  25. Pengumpulan Item

  26. Penilai Item

  27. Penilaian Item

  28. Penilaian Instrumen

  29. Pentaksiran

  30. Pentaksir Luar

  31. Peraturan Pemarkahan

  32. Personel

  33. Pra-Ujian

  34. Statistik Item

  35. Soft Copy

Tahap keselamatan bahan pentaksiran, pihak berkenaan dan institusi perlu dipastikan berada didalam tahap paling tinggi demi menjaga keadilan calon dan kewibawaan institusi. 

 

Objektif 

  • memastikan keutuhan institusi serta kesempurnaan bahan-bahan instrumen pentaksiran

  • melindungi pihak-pihak yang terlibat

  • mencegah sampainya maklumat dan bahan yang berkaitan dengan proses penghasilan instrumen pentaksiran sampai kepada pihak yang tidak diberi kuasa.

 

(Nota ini hanya sebagai panduan sahaja, ianya bukanlah panduan/nota rasmi)

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 05/28/2004 oleh Azizi@2004