ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

 

Aspek Keselamatan Fizikal

 

1. Bilik Mesyuarat Sulit

 

   Bilik mesyuarat sama ada di LPM atau di luar LPM untuk pengendalian bahan terperingkat seperti   

   perekaan bentuk, panel grafik, panel penghasilan idea, kajian semula item dan pentaksir luar di LPM atau  

   di luar LPM

 

   Diantara aspek yang mesti dipatuhi adalah bilik mesyuarat hendaklah berkunci, dikunci ketika digunakan,  

   pegawai terlibat hendaklah membuka dan menutup pintu bilik berkenaan, memastikan tiada bentuk catatan 

   bertulis, disket dan sebagainya dibawa keluar, tiada pengunaan telefon bimbit, ditutup semasa dijalankan 

   mesyuarat, individu tidak berkenaan tidak dibenarkan sama sekali masuk, kawalan keselamatan diadakan 

   sepanjang tempoh mesyuarat, peralatan ICT peribadi tidak dibenarkan sama sekali. 

 

2. Bilik Penyimpanan Bahan Terperingkat

 

    Bilik yang digunakan untuk menyimpan semua bahan/dokumen terperingkat termasuklah bilik kebal dan 

    bilik khas yang diwujudkan untuk tujuan penyimpanan sementara.

 

    Diantara aspek yang mesti dipatuhi adalah pintu bilik kebal dikunci dengan menggunakan dua sistem 

    penguncian iaitu berkombinasi dan kunci biasa, dibuka dan ditutup oleh dua orang pegawai pengurusan 

    tertinggi SPPU (setiap pegawai hanya memiliki dan mengetahui satu sistem penguncian sahaja), bahan 

    yang disimpan pula hendaklah didalam almari atau kabinet, bilik khas hendaklah dikawal semasa 

    bahan/dokumen terperingkat berada didalam bilik tersebut, urusan keluar masuk hendaklah direkodkan, 

    individu tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk kebilik khas.

 

3. Bilik Kerja Sulit

 

    Bilik yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja sulit seperti penyediaan bahan, penyalinan dan 

    perincian bahan/dokumen terperingkat.

 

    Diantara aspek yang perlu dipatuhi adalah ianya kawasan larangan, hanya individu berkenaan sahaja   

    yang   dibenarkan masuk, hanya kerja penyalinan, perincihan dan penyediaan bahan dilakukan dibilik ini, 

    pintu bilik hendaklah sentiasa ditutup, pegawai hendaklah memastikan tiada bahan yang tertinggal selepas 

    kerja dijalankan, maklumat dalam memori mesin penyalin hendakla dihapuskan, jumlah cetakan bahan 

    hendaklah direkodkan dalam buku daftar cetakan, bahan buangan terperingkat hendaklah diricih oleh 

    pegawai atau dibawah seliaan pegawai bertanggungjawab, pembersihan bilik dikawal selia pegawai atau 

    kakitangan yang dipertanggungjawabkan.

 

 

4. Bilik Pegawai

 

    Bilik yang digunakan pegawai untuk tugas rasmi.

 

    Diantara aspek yang perlu dipatuhi adalah klasifikasi kawasan larangan, boleh digunakan untuk 

    menyimpan bahan yang tidak dikategorikan sulit tetapi bahan terhad hendaklah didalam tempat berkunci, 

    hendaklah sentiasa berkunci apabila tiada pegawai didalamnya, pelawat tidak dibenarkan sama sekali 

    masuk kedalam bilik pegawai, individu yang mempunyai urusan dengan pegawai jika dipanggil pegawai 

    berkenaan , boleh digunakan sebagai bilik mesyuarat, tidak boleh dimasukki oleh sesiapa pun kecuali 

    dengan kebenaran atau pengetahuan pegawai, dilengkapi almari/kabinet berkunci

 

 

5. Bilik Bank Item

 

    Bilik yang digunakan untuk menyimpan dan memasukkan bahan/dokuen yang dikategorikan item "raw 

    pool", "lock pool" dan "read pool"

 

    Diantara aspek yang perlu dipatuhi adalah dikawal selia pegawai yang dipertanggungjawabkan, pegawai 

    dan individu yang dibenarkan sahaja boleh memasuki bilik ini, sentiasa dikunci, sentiasa ditutup semasa 

    kerja penyimpanan dan memasukkan bahan/dokumen, di lengkapi kamera litar tertutup, catatan keluar 

    masuk mesti direkodkan.

 

 

 

6. Bilik Bank Item

 

    Bilik yang digunakan oleh jurutaip yang dikategorikan "jurutaip sulit" menjalankan kerja mengumpul, 

    memfail dan menaip maklumat sulit.

    

    Diantara aspek yang perlu dipatuhi adalah kawasan larangan, pegawai dan individu yang dibenarkan 

    sahaja boleh memasuki bilik ini, draf item tidak dibenarkan disimpan selepas waktu pejabat, bahan terhad 

    selain draf item boleh disimpan tetapi hendaklah disimpan didalam almari/kabinet berkuci, sentiasa 

    dikunci, tiada kerja lain selain menaip bahan bahan/dokumen sulit.

 

7. Almari/Kabinet

 

    Alamri/kabinet untuk meyimpan bahan/dokumen terperingkat

 

    Diantara aspek yang perlu dipatuhi adalah ditempatkan ditempat tertutup dan selamat, anak kunci 

    almari/kabinet disimpan oleh pegawai tertentu sahaja, pintu lamri/kabinet hendaklah sentiasa berkunci, 

    penduaan anak kunci hanya boleh dilakukan setelah mendapat keberan pengurusan SPPU.

 

 

 

(Nota ini hanya sebagai panduan sahaja, ianya bukanlah panduan/nota rasmi)

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 05/28/2004 oleh Azizi@2004