ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

Aspek Keselamatan ICT Dan Data

 

1. Aset ICT yang perlu diberi perlindungan adalah :-

 

    data dan maklumat yang dimasuk, diwujud, diproses, disimpan, diakses, disalin, dicetak, diguna , iedarkan 

    dan dilupus

 

    peralatan, media storan, perkakasan , kelangkapan prsarana ICT, perangkaian dan sistemnya

 

    dokumentasi pengunaan, pemasangan peralatan, dan perisian 

 

    premis dimana semua aset ICt ditempatkan

 

    personel yang mengurus, mengendali, menjaga dan memantau aset ICT

 

2. Takrifan

    

    Data 

 

    data dan maklumat ditakrif sebagai data dan maklumat digital yang disimpan atau digunakan dipelbagai 

    media atau peralatan ICT 

 

    prosedur keselamatan ICT dan Data terbahagi kepada Data Terperingkat dan Data Tidak Terperingkat

 

    data dan maklumat digital diatas akan diberi perlindungan keselamatan berasaska prinsip keselamatan 

    ICT dan Data

 

    akses kepada data dan maklumat tersebut adalah prinsip perlu mengetahui dan hak akses minimum

 

    Peralatan

 

    semua peralatan komputer dan periperalnya yang disimpan atau digunakan dalam premis kerja LPM 

    termasuk UPS, punca kuasa, pendingin hawa, telefon dan mesin faks

 

    peralatan dan perkakasan dakan diberi perlindungan keselamatan berasaskan prinsip keselamatan ICT dan 

    Data

 

    akses kepada peralatan dan perkakasan tersebut adalah atas dasar keperluan kerja

 

 

    Media Storan

 

    peralatan yang berkaitan dengan penyimpanan data dan maklumat seperti disket, katrij, cakera padat, 

    cakera mudah alih, pita dan cakera keras

 

 

    peralatan dan perkakasan akan diberi perlindungan keselamatan berasaskan prinsip keselamatan ICT dan 

    Data

 

    akses kepada peralatan dan perkakasan tersebut adalah atas dasar keperluan kerja perlu mendapat 

    kebenaran Pengarah Peperiksaan

 

    Perisian

 

    program yang digunakan untuk mengendali, memproses , menyimpan , menjana dan mengirim maklumat,    

    meliputi semua perisian sistem, perisian utiliti, perisian rangkaian, perisian aplikasi dan perisian pengkalan 

    data akan diberi perlindungan keselamatan berasaskan prinsip keselamatan ICT dan  Data

 

    akses kepada perisian tersebut adalah atas dasar keperluan kerja perlu mendapat kebenaran Pengarah 

    Peperiksaan

 

    Rangkaian

 

    sekumpulan dua atau lebih komputer yang dihubungkan bersama untuk tujuan berkomunikasi dan 

    perkongsian maklumat atau sumber

 

    

    rangkaian akan diberi perlindungan keselamatan berasaskan prinsip keselamatan ICT dan  Data

 

    akses kepada peralatan dan perkakasan tersebut adalah atas dasar keperluan kerja perlu mendapat 

    kebenaran Pengarah Peperiksaan

 

   E-mel dan Internet

 

   kemudahan komunikasi berbentuk elektronik melalui sistem pengkomputeran yang berangkaian 

 

   kemudahan E-mel dan internet akan diberi perlindungan keselamatan berasaskan prinsip keselamatan ICT 

   dan  Data

  

   akses kepada e-mel dan internet  adalah atas dasar keperluan kerja perlu mendapat kebenaran Pengarah 

    Peperiksaan

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 05/28/2004 oleh Azizi@2004