ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

Aspek Keselamatan Personel

 

Personel bermaksud individu yang berurusan atau terlibat dengan LPM sama ada di premis LPM atau diluar premis LPM yang dikenal pasti

 

1. Pegawai dan Kakitangan Tetap/Kontrak LPM

    

    adalah individu yang menjawat pelbagai jawatan di LPM samada di bawah Kumpulan Pengurusan dan 

    Profesional atau Kumpulan Sokongan.

 

    Pegawai/Kakitangan Kontrak ialah mereka yang diambil bertugas bagi tempoh tertentu 

 

    semua pegawai/kakitangan tetap maupun kontrak di LPM adalah terikat dengan Dasar dan Prosedur 

    Keselamatan LPM sepanjang masa

 

    semua kenderaan pegawai/kakitangan tetap/kontrak mestilah mempunyai pelekat kenderaan terkini LPM

 

2. Prosedur Keselamatan

 

    hendaklah terdiri dari mereka yang dikenal pasti berwibawa dan berpengalaman, menapis borang/surat 

    permohonan calon, menjalani proses temuduga, memilih calon yang layak, memberi latihan/kursus  

    keselamatan dari masa ke semasa. 

 

    Pegawai/kakitangan hendaklah menjalani tapisan keselamatan.

 

    semua pegawai/kakitangan baru yang melaporkan diri mesti menanda tangani borang Akta Rahsia Rasmi 

    1972 dan borang keselamatan, dan setiap lima tahun.

 

    hanya pegawi/kakitangan yang dikenalpasti sahaja diberi tanggungjawab atau bertugas secara langsung 

    dalam pengendalian bahan terperingkat

 

    pergerakan setiap pegawai/kakitangan adalah terhad dan terkawal berdasarkan urusan

 

    semua personel baru melengkap borang maklumat diri serta dua keping gambar untuk mendapatkan pas 

    keselamatan

 

    sentiasa mempamerkan pas keselamatan sepanjang masa ketika bertugas

 

    tidak dibenarkan berada dipremis LPM diluar waktu pejabat kecuali dengan kebenaran/arahan bertulis Ketua 

    Sektor

 

3. Kakitangan Sambilan LPM

 

    mereka yang diambil bertugas sebagai pekerja sementara  bagi tempoh tertentu , terikat dengan dasar 

    prosedur dan mempunyai pelekat kenderaan terkini.

 

    mereka adalah yang dikenal pasti sesuai dengan kerja yang ditugaskan, menapis borang/surat permohonan 

    calon, menjalankan proses permohonan , memilih calon layak, memberi taklimat keselamatan mengikut 

    keperluan, mesti menanda tangani borang Akta Rahsia Rasmi  1972 dan borang keselamatan.

 

    Kakitangan sambilan tidak boleh diberi tanggungjawab atau bertugas secara langsung dalam 

    pengendalian bahan terperingkat kecuali mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan

    

    pergerakan setiap pegawai/kakitangan adalah terhad dan terkawal berdasarkan urusan

 

    semua personel baru melengkap borang maklumat diri serta dua keping gambar untuk mendapatkan pas 

    keselamatan

 

    sentiasa mempamerkan pas keselamatan sepanjang masa ketika bertugas

 

    tidak dibenarkan berada dipremis LPM diluar waktu pejabat kecuali dengan kebenaran/arahan bertulis Ketua 

    Sektor 

 

4. Petugas Peperiksaan 

 

    merupakan penjawat awam di JPN/Sekolah/Pakar bidang tertentu/pekerja syraikat yang dilantik, yang 

    dikenal pasti dan dilantik oleh LPM/JPN/Syarikat terlibat untuk menjalankan tugas berkaitan peperiksaan  

    merangkumi tugas khusus pentaksiran dan pentadbiran peperiksaan.

 

    terikat dengan dasar  prosedur dan mempunyai kad jemputan rasmi yang diperlukan diserah dipondok 

    pengawal bagi mendapatkan pas keselamatan, mesti menanda tangani borang Akta Rahsia Rasmi  1972 

    bagi setiap perlantikan dan menjalani taklimat keselamatan

 

    hendaklah mempamir pas keselamatan sepanjang masa bertugas

 

5. Pengusaha dan Pekerja Kantin

 

   syarikat yang dianugerah kontrak pengendalian kantin di LPM dan pekerjanya adalah orang yang bekerja di 

   kantin LPM yang dilantik syarikat, perjalanan syarikat adalah tertakluk pada syarat keselamatan dalam 

   kontrak  pengendalian kantin, tertakluk pada dasar prosedur keselamatan LPM.

 

   mematuhi syarat keselamatan dalam kontrak pengendalian kantin LPM, melaporkan diri kepada pengawal 

   setiap hari bagi mendapatkan pas keselamatan, mempamerkan pas keselamatan sepanjang waktu di premis 

   LPM, dibenarkan berada dipremis mulai jam 5.00 am hingga 10.00 pm (Isnin-Jumaat) dan 5.00 am hingga 

   6.00 pm (Sabtu) kecuali atas permohonan LPM

 

   pergerakan terhad kecuali menghantar pesanan makanan

 

6. Kontraktor dan Pekerjanya

 

    mendaftar di pondok pengawal dan mendapatkan pas keselamatan/pas kontraktor, berurusan dari jam  730 

    am hingga 5.00 pm (Isnin - Jumaat) dan jam 730 am hingga 1.00 pm )Sabtu) kecuali dengan kelulusan 

    Pengarah LPM, mempamerkan pas keselamatan sepanjang masa, pergerakan ditempat terlarang hendaklah 

    diiringi pegawai/kakitangan sektor sepanjang masa

 

7. Pekerja Pembersihan Kawasan

 

    individu yang mewakili syarikat yang dianugerahkan kontrak pembersihan untuk melakukan kerja 

    pembersihan, perjalanan syarikat tertakluk pada syarat keselamatan dalam kontrak yang ditandatangani uga 

    tertakluk pada dasar prosedur keselamatan LPM

 

    mendaftar di pondok pengawal dan mendapatkan pas keselamatan/pas kontraktor, berurusan dari jam  700 

    am hingga 4.00 pm (Isnin - Jumaat) dan jam 700 am hingga 1.00 pm (Sabtu) kecuali dengan kelulusan 

    Pengarah LPM, mempamerkan pas keselamatan sepanjang masa, pergerakan ditempat terlarang hendaklah 

    diiringi pegawai/kakitangan sektor sepanjang masa

 

8. Pelawat

 

    individu yang dibenarkan memasuki premis LPM atas urusan tertentu, tertakluk pada dasar dan prosedur 

    keselamatan LPM , suami/isteri/keluarga pegawai/kakitangan yang mengunakan pelekat kenderaan terkini 

    perlu mendapatkan pas keselamatan di pondok pengawal dan mempamerkan pas keselamatan sepanjang 

    kehadiran di premis LPM

 

9. Pelawat Harian

 

   individu yang dibenarkan memasuki prmeis LPM setiap hari bekerja untuk urusan perkhidmatan pos, 

   despatch perkhidmatan mengutip sampah dan pembekal barangan kantin, semua tertakluk pada dasar dan 

   prosedur keselamatan LPM.

 

(Nota ini hanya sebagai panduan sahaja, ianya bukanlah panduan/nota rasmi)

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 05/28/2004 oleh Azizi@2004