LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN MPV MEMBUAT PERABOT

 DI  SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK  2003

[ Petikan sedutan Laporan Pelaksanaan MPV 2003 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ]

 

BAB 1   PENGENALAN

 

1.1        Latar Belakang

 

Permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separ amahir semakin meningkat akibat kepesatan ekonomi negara yang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Sumber manusia adalah aset yang paling penting dalam memenuhi hasrat ini. Latihan kemahiran adalah satu strategi berkesan kearah penyediaan  guna tenaga negara . Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik.

 

Program MPV adalah singkatan nama pada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional di tingkatan 4 dan 5 yang mula ditawarkan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah akademik harian mulai tahun 2002. Penawaran berperingkat-peringkat 22 mata pelajaran ini dibuat dalam empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005.

 

Cadangan penawaran MPV (dahulunya digelar Teknologi Industri dan Kemahiran Asas Industri) mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 untuk dilaksanakan pada tahun 2002 dan diikuti dengan beberapa siri mesyuarat tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan 6 dan 11 November 2001 dan 23 Februari 2001), Mesyuarat Pengurusan Pendidikan (1 November 2000) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (10 Oktober 2000 dan 19 Disember 2000). Beberapa siri mesyuarat perancangan dan penyelarasan, bengkel penggubalan kurikulum dan penyediaan bengkel  dan perincian peralatan, seminar, kursus, taklimat/ceramah telah diadakan sebagai persediaan awal bagi pelancaran pada tahun 2002. Kursus orientasi kepada bakal guru-guru MPV dikendalikan pada tahun 2001 bagi mendedahkan mereka kepada kurikulum baru.

 

1.2        Matlamat Program MPV

 

Mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan murid berkemahiran dalam bidang keusahawanan yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan memulakan perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih tinggi.

 

1.3        Objektif-Objektif Program

 

Program ini bertujuan

 

i)                     memberi peluang yang luas kepada murid memilih mata pelajaran mengikut minat dan bakat mereka

ii)                   membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada murid yang cenderung dalam ketukangan tangan

iii)                  memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah akademik

iv)                  memberi persediaan awal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam perindustrian negara

 

1.4        Penawaran dan Pelaksanaan Program MPV di Sekolah

 

Setiap sekolah  boleh menawarkan sehingga empat MPV mengikut kesediaan sekolah dengan satu hingga dua kelas bagi setiap mata pelajaran. Setiap kelas amali dikendalikan dalam jadual waktu sekolah mengikut kesesuaian bagi 20 hingga 25 orang murid. MPV diperuntukkan 12 waktu seminggu kecuali mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer yang dikendalikan dalam masa lapan waktu.

1.5        Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata Pelajaran MPV

 

Pemilihan sekolah dibuat oleh satu jawatankuasa terdiri dari pegawai-pegawai dari Bahagian KPM dan JPN berasaskan criteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu :

 

i)                     Sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel, bilik yang boleh diubahsuai serta ruang fizikal yang mencukupi untuk keperluan mata pelajaran MPV tertentu

ii)                   Sekolah yang mempunyai guru yang layak dan berminat mengajar MPV yang ditawarkan seperti guru Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian untuk mata pelajaran Rekaan Jahitan Pakaian dan Tanaman Makanan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, guru MPV akan ditempatkan disekolah yang memerlukan guru berkaitan.

iii)                  Sekolah yang mempunyai ramai murid yang berminat dalam bidang-bidang tertentu MPV. Murid juga harus sekurang-kurangya memperolehi D dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam peperiksaan PMR. Bagi murid yang mengikuti mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer mereka harus mendapat sekurang-kurangya C dalam mata pelajaran matematik dalam peperiksaan tersebut.

 

Lain-Lain Kriteria

 

i)                     Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti Politeknik, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, Kolej Komuniti dan Pusat Giat MARA. Pusat latihan ini dapat membantu sekolah dalam perkongsian kepakaran, latihan dan kemudahan

ii)                   Sekolah yang mempunyai alam persekitaran / kawasan perindustrian yang boleh membantu MPV tertentu seperti kawasan kilang perabot bagi mata pelajaran Membuat Perabot atau kawasan industri automobil bagi mata pelajaran Menservis Automobil dan Menservis Motosikal

iii)                  Sekolah yang pernah / sedang mengendalikan “ Sekolah Ke Kerjaya” akan memudahkan pengendalian MPV

iv)                  JPN menentukan setiap daerah harus ada sekolah yang menawarkan MPV dan taburan penawaran 22 MPV mengikut daerah harus memudahkan murid mengambil mata pelajaran tersebut

 

Pihak sekolah selain daripada dapat memenuhi syarat harus mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa yang mengambil MPV. Satu ujian minat/kecenderungan kepada murid harus diadakan bagi memilih murid yang berpotensi. Satu taklimat/ceramah kepada murid dan PIBG perlu dikendalikan.

 

Murid boleh mengambil satu atau lebih MPV dengan mata pelajaran teras SPM, mereka juga boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran elektif lain seperti Perdagangan, Pendidikan Seni atau Reka Cipta. Walau bagaimanapun, murid tidak boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran yang ada kaitan seperti

 

i)                     Mata pelajaran berasaskan binaan , kejuruteraan , ketukangan seperti Pembinaan Domestik dan Menservis Peralatan Elektrik Domestik dengan Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan

ii)                   Mata pelajaran berasaskan Ekonomi Rumah Tangga seperti Katering dan Penyajian dengan Ekonomi Rumah Tangga

iii)                  Mata pelajaran berasaskan pertanian seperti Lanskap dan Nurseri, Tanaman Makanan dengan Sains Pertanian

iv)                  Mata pelajaran berasaskan komputer seperti Produksi Multimedia, Grafik Berkomputer dengan mata pelajaran Teknologi Maklumat

 

1.6        Bahan Kurikulum

Sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini akan dibekalkan dengan bahan-bahan berikut untuk setiap mata pelajaran

 

i)                     sukatan pelajaran

ii)                   huraian sukatan pelajaran

iii)                  modul pembelajaran

 

1.7        Tenaga Pengajar dan Latihan Guru

 

Pada pelaksanaan Fasa 1 (Tahun 2003), guru-guru matapelajaran sedia ada yang berkaitan dengan Kemahiran Hidup, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian dipilih untuk mengajar MPV. Pada pelaksanaan Fasa II dan seterusnya, keluaran guru KPLI menampung keperluan guru MPV mengikut bidang. Guru ini diberi latihan kemahiran lanjutan dari masa kesemasa. Pihak sekolah boleh mendapat tenaga pengajar sambilan yang mahir daripada syarikat atau pusat latihan berkaitan untuk membantu guru mengendali kerja amali. Di samping itu, institusi pengajian tinggi selain daripada maktab perguruan dilibatkan dalam penyediaan bakal-bakal guru untuk rancangan jangka panjang.

 

 

BAB 2  METODOLOGI KAJIAN

 

2.1 Pengenalan

 

Kajian ini berbentuk kajian kes dengan mengunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu temubual dan soal selidik. Kaedah temubual melibatkan guru dan murid di dua buah sekolah fasa pertama yang terpilih. Soal selidik ditadbirkan kepada semua murid di dua buah sekolah tersebut.

 

2.2 Objektif Kajian

 

Kajian ini bertujuan

 

i)                     meninjau sejauh manakah MPV telah berjaya membekalkan murid dengan kemahiran untuk membolehkan mereka menceburi diri dalam bidang vokasional

ii)                   mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan MPV di sekolah

iii)                  mengenal pasti tindakan susulan ke arah menambahbaik pelaksanaan MPV

 

2.3 Soalan Kajian

 

Kajian ini dibuat bagi menjawan soalan berikut

 

i)                     adalah kandungan MPV dan latihan yang diterima dapat menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang vokasional ?

ii)                   apakah isu dan amsalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran MPV ?

iii)                  sejauh manakah modul pengajaran dan pembelajaran membantu guru melaksanakan MPV ?

iv)                  bagaimanakah pihak sekolah menyenggarakan peralatan ?

v)                    bagaimanakah pelaksanaan MPV boleh ditambahbaik ?

 

2.4    Sampel Kajian

 

Sampel kajian ditentukan melalui proses purposeful sampling bertujuan melibatkan kesemua lapan MPV. Sebanyak dua buah sekolah iaitu sebuah sekolah Bandar dan sebuah sekolah luar Bandar terlibat dalam kajian kes ini. Sekolah MPV Membuat Perabot yang terlibat dalam kajian ini adalah SMK Seri Perling, Johor Bharu dan SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Johor.

 

2.4.1          Sampel Soal Selidik

 

Soalselidik ditadirkan kepada semua murid yang mengikuti MPV yang dikenal pasti di dua buah sekolah Bandar dan luar Bandar yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 27 orang adalah mruid lelaki dan tiada murid perempuan, dan 13 orang murid adalah dari sekolah Bandar dan 14 orang murid dari luar Bandar. Lihat Jadual 3 . Pencapaian PMR murid menunjukkan keputusan C. D dan E. Profil sample murid mengikut lokasi sekolaj dan jantina dan profil murif mengikut pencapaian PMR adalah seperti di jadual 3 dan 4.

 

 

Jadual 3 Profil Murid mengikut Lokasi, Sekolah dan Jantina

 

Mata Pelajaran

Bandar

Luar Bandar

 

Jumlah

 Keseluruhan

L

P

Jumlah

L

 

P

 

Jumlah

Lanskap dan Nurseri

14

7

21

19

 

19

40

Tanaman Makanan

 

 

 

21

 

26

26

Katering dan Penyajian

1

19

20

 

5

20

40

Rekaan dan Jahitan Pakaian

 

14

14

 

20

17

31

Membuat Perabot

13

 

13

14

17

14

27

Pembinaan Domestik

6

 

6

10

 

10

16

Seni Reka Tanda

16

3

19

9

 

9

28

Menservis Peralatan Elektrik Domestik

15

 

15

7

 

7

22

Jumlah

65

43

108

80

42

122

230

 

Jadual 4 Profil Murid mengikut Pencapaian PMR

 

Mata Pelajaran

A

B

C

D

E

 

N

%

N

%

N

%

N

%

N

%

Bahasa Melayu

3

1.4

53

24.7

92

42.8

50

23.3

17

7.9

Bahasa Inggeris

1

0.5

6

2.8

20

9.3

46

21.4

142

66.0

Matematik

1

0.5

3

1.4

28

13.1

116

54.2

66

30.8

Sains

1

0.5

2

0.9

46

21.5

140

65.4

25

11.7

Sejarah

0

0.0

16

7.5

40

18.8

120

56.3

37

17.4

Geografi

0

0.0

4

2.0

38

18.8

132

65.3

28

13.9

Pendidikan Islam

2

1.3

19

12.0

74

46.8

54

34.2

9

5.7

Kemahiran Hidup

0

0.0

32

15.8

72

35.6

69

34.2

29

14.4

 

8

0.5

137

8.3

414

25.0

734

44.4

362

21.9

 

2.4.2          Sampel Temubual

 

Kaedah temubual melibatkan semua guru yang mengajar MPV di Tingkatan 5. Temu bual telah dijalankan keatas 9 orang guru lelaki dan 7 orang guru perempuan. Daripada bilangan tersebut 5 orang berkelulusan SPM.SPMV, seorang berkelulusan peringkat Diploma, 9 orang Sarjana Muda dan seorang Sarjana. Guru-guru yang ditemubual telah menghadiri kursus berkaitan mata pelajaran masing-masing anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Profil guru dan kursus yang dihadiri boleh dilihat dalam Jadual 5 dan Jadual 6.

 

 

Jadual 5 Profil Guru

 

Mata Pelajaran

Jantina

Kelayakan Akademik

 

L

P

SPM/SPVM

Diploma

Sarjana Muda

Sarjana

Lanskap dan Nurseri

2

 

 

 

2

 

Tanaman Makanan

1

1

 

 

2

 

Katering dan Penyajian

 

2

1

 

1

 

Rekaan dan Jahitan Pakaian

 

2

1

 

1

 

Membuat Perabot

2

 

 

1

1

 

Pembinaan Domestik

1

1

1

 

1

 

Seni Reka Tanda

2

 

 

 

 

 

Menservis Peralatan Elektrik Domestik

1

1

1

 

1

1

 

Jumlah

9

7

5

1

9

 

 

16

16

 

 

Jadual 6 Kursus Yang Di Hadiri Oleh Guru

 

Jenis Kursus

Tempoh

Anjuran

Bil Guru

 

Hadir

Tidak Hadir

Kursus Orientasi MPV

3 minggu

PPK

13

3

Kursus Peningkatan Kemahiran Guru MPV

1 minggu

PPK

12

4

Kursus Penyelarasan Pentaksiran MPV

1 minggu

LPM

8

8

Kursus Perealisasian Item MPV

1 minggu

LPM

4

12

Kursus Pelaporan dan Pensijilan Pentaksiran MPV

2 hari

LPM

5

11

Kursus Pembinaan Item Pentaksiran

1 minggu

LPM

3

13

Kursus Makan Berasaskan Kokok

1 minggu

JPN

1

15

 

Nota : PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum  LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia   JPN -  Jabatan Pendidikan Negeri

 

 

Temubual murid dibuat keatas 96 murid yang terpilih. Seramai 79 orang murid Melayu/Bumiputera dan 17 orang murid Bukan melayu telah ditemubual. Profil murid untuk kaedah temubual boleh dilihat di Jadual 7

 

Jadual 7 Profil Murid Menggunakan Kaedah Temu Bual

 

Mata Pelajaran

Lelaki

 

 

Perempuan

 

Melayu

Cina

India

Lain-Lain

Melayu

Cina

India

Lain-Lain

Lanskap dan Nurseri

4

 

 

6

 

 

 

2

Tanaman Makanan

9

 

 

 

2

 

1

 

Katering dan Penyajian

 

 

 

 

6

 

 

6

Rekaan dan Jahitan Pakaian

 

 

 

 

10

2

 

 

Membuat Perabot

12

 

 

 

 

 

 

 

Pembinaan Domestik

12

 

 

 

 

 

 

 

Seni Reka Tanda

10

 

 

 

2

 

 

 

Menservis Peralatan Elektrik Domestik

12

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah

59

 

 

6

20

2

 

1

8

 

 

96

 

 

2.5    Instrumen

 

Instrumen yang digunakan ialah soalselidik dan temubual. Soalselidik murid terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi soalan mengenai maklumat diri murid seperti jantina, keputusan PMR dan minat dan Bahagian B mengandungi 26 item berkaitan pengajaran dan pembelajaran MPV.

 

Instrumen temubual guru dan murid berfokus maklumat diri, kesesuaian sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran, isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan modul serta pengurusan dan penyenggaraan peralatan.

 

2.6    Analisis Data

 

Data analisis sevara kualitatif dan kauntitatif. Data kuantitatif diproses menggunakan perisian SPSS dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kiraan frekuensi dan peratus.

 

2.7    Tempoh Pengumpulan Data

 

Pengumpulan dta kajian telah dijalankan dari bulan Oktober hingga November 2003 oleh pegawai PPK dengan kerjasama daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah terlibat.

 

Jadual 8 Tempoh Pengumpulan Data

 

Tarikh Lawatan

Sekolah

22 September 2003

SMK Datuk Undang Jelebu, Negeri Sembilan

23 September 2003

SMK Penrissen 1, Kuching, Sarawak

24 September 200

SMK Song, Kapit, Sarawak

25 September 2003

SMK Pendeta Zaaba, Seremban, Negeri Sembilan

30 September 200

SMK Seri Perling, Johor Bharu, Johor

1 Oktober 2003

SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Johor

2 Oktober 2003

SMK Air Hitam, Pulau Pinang

3 Oktober 2003

SMK Seri Muda, Penaga, Pulau Pinang

7 Oktober 2003

SMK Taun Gusi, Belud, Sabah

8 Oktober 2003

SMK Sandakan , Sandakan, Sabah

10 Oktober 2003

SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

13 Oktober 2003

SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan

SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur

14 Oktober 2003

SMK Padang tengku, Kuala Lipis, Pahang

SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan

15 Oktober 2003

SMK Dati Mahmud Mat, Pelan, Pahang

 

 

 

2.8    Batasan Kajian

 

Kajian ini menghadapi beberapa kekangan dari segi pengumpulan data disebabkan

 

i)                     kajian dijalankan di 16 buah sekolah sahaja dan melibatkan murid kohort pertama yang mengambil MPV pada tahun 2002

ii)                   sample kajian tidak melibatkan semua murid yang mengambil MPV di sekolah berkenaan disebabkan mereka tidak hadir semasa kajian dijalankan

iii)                  keadaan dan situasi 16 buah seklah yang dikaji ini adalah hampir sama seperti sekolah MPV lain, Justeru maklumat yang dikumpulkan boleh mengambarkan situasi di sekolah lain

  

2.9    Signifikan Kajian

 

Hasil kajian dapt digunakan sebagai input untuk

i)                     mengkaji semula kesesuaian tajuk dan kemahiran dalam sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran MPV

ii)                   merancang aktiviti-aktiviti kearah meningkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran MPV

iii)                  mengenalpasti pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran MPV yang berkesan

iv)                  menambahbaik kandungan modul pengajaran dan pembelajaran

v)                    merancang dan mengadakan kursus lanjutan bagi meningkatkan kemahiran guru MPV

vi)                  melaksanakan kajian lanjutan (tracer study) ke atas kohort Fasa I murid MPV

 

BAB 3 DAPATAN KAJIAN

 

Analisis dapatan kajian diasaskan kepada data soalselidik pelajar dan temubual guru dan  pelajar. Perbincangan dikemukakan dalam dua bahagian iaitu dari sudut persepsi guru dan persepsi pelajar (Membuat Perabot sahaja)

 

A Persepsi Guru

 

1.       Kesesuaian Tajuk Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

 

i)                     penguasaan kemahiran dan kandungan oleh murid di dalam sukatan dan huraian sukatan pelajaran melebihi 60%. Terdapat beberapa tajuk yang sukar dikuasai seperti Modul 12 iaitu rekabentuk dan Penghasilan Perabot kerana mencetuskan idea dan kreativiti serta Modul 13 iaitu Komunikasi dan Keusahawanan kerana latarbelakang pencapaian murid yang rendah

ii)                   guru juga mendapati terdapat ulangan kemahiran yang sama seperti tanggam putting. Terdapat juga bidang pembelajaran berlebihn seperti tajuk yang berasaskan bahan MDF dengan mengakibatkan pertambahan kos

iii)                  kandungan sukatan pelajaran perlu disemak semula dengan menambah skop perkembangan teknologi membuat perabot terbaru dan pembinaan sistem tetulang

 

2.                               Pengajaran dan Pembelajaran

 

i)                     guru menghadapi kekurangan Peruntukan Per Kapita Geran (PCG)  dan mencadangkan peruntukan PCG ditambah dari RM 65.00 kepada RM 300.00

ii)                   guru menyarankan elaun kritikal dibayar kepada guru MPV

iii)                  guru menyatakan terlalu banyak kerja pengkeranian terutamanya merekod borang penskoran individu

 

3.                               Keberkesanan Modul Pengajaran

 

i)                     modul sangat membantu guru dan murid dalam melaksanakan proses pengajaran  dan pembelajaran membuat perabot dan kesemua kandungan modul mudah dan senang difahami

ii)                   guru mendapati modul yang disediakan mengikut daya kreativiti dan inovasi guru serta murid. Guru juga mencadangkan modul dikurangkan daripada 13 kepada 8 modul sahaja dan istilah nama alatan dalam Bahasa Inggeris dimasukkan dalam modul

 

4.                               Pengurusan dan Penyelenggaraan Peralatan

 

i)                     guru terlibat sepenuhnya dalam pengurusan dan penyelenggaraan peralatan bengkel. Peralatan bengkel disimpan di dalam bilik stor bengkel dan peralatan disenggarakan oleh guru dan murid selepas digunakan. Guru sentiasa memastikan peralatan mencukupi dan berada dalam keadaan baik.

ii)                   guru juga mendapati ruang stor tidak mencukupi untuk menyimpan peralatan, bahan dan hasil kerja murid

iii)                  kerja menyenggara mata alat gergaji piring terpaksa dihantar ke bengkel luar yang mengakibatkan peningkatan kos penyenggaran panitia

 

5.                               Penambahbaikan Pelaksanaan MPV

 

i)                     kepelbagaian bahan mengajar perlu digunakan termasuk CD, slaid, carta, buku dan rujukan yang berkaitan. Peruntukan kewangan untuk mengadakan lawatan pembelajaran ke kilang perabut dan pusat-pusat latihan kemahiran yang berhampiran

ii)                   mengadakan kursus jangka pendek membaiki perabut dan kemasiapan perabut lama kepada kumpuan sasaran seperti kakitangan sekolah, guru serta murid yang berminat

iii)                  ruang stor perlu ditambah untuk menampung keperluan menyimpan peralatan, bahan dan hasil kerja murid disimpan dalam bilik pameran

 

B Persepsi Murid

 

1.                              Kesesuaian tajuk sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

 

i)                      daripada item 5, soal selidik murid didapati 85.2% bersetuju bahawa kandungan dan latihan yang diterima dapat menyediakan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang vokasional

 

            

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

5

Kemahiran yang diajar dalam MPV mencukupi untuk menceburi bidang ini

14.8%

55.6%

29.6%

N = 27

 

ii)                     walau bagaimanapun murid menyatakan beberapa modul sukar dikuasai seperti proses mereka bentuk dan pengurusan dan keusahawanan. Ini mungkin disebabkan murid terlibat adalah lemah dalam akademik.

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

2

MPV yang diikuti sesuai dengan minat saya

3.7%

70.4%

25.9%

N = 27

 

iii)                   murid yang mengikuti MPV membuat perabot merupakan kelompok murid yang berminat dengan bidang ini. Merujuk soal selidik murid didapati 96.3% menyokong pernyataan ini.

 

2.                             Pengajaran dan pembelajaran

 

i)                     terdapat projek yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Ini mengakibatkan projek lain lewat untuk disiapkan mengikut masa yang ditentukan sebagai contoh projek meja tulis yang mengambil masa dua bulan utntuk disiapkan.

ii)                   bilangan modul yang perlu dihabiskan terlalu banyak ini menyebabkan kekurangan masa untuk menyiapkan kesemua modul.

 

3.                             Keberkesanan modul pengajaran

 

i)                     murid menyatakan kaedah pengajaran berasaskan modul dibantu dengan tunjuk ajar dan teguran guru sangat membantu di dalam penguasaan dan menyelesaikan tugasan oleh mereka.

ii)                   modul sangat membantu murid dalam memahami tajuk-tajuk pelajaran. Pengolahan kandungan dan penduan kerja dalam bentuk unit-unit juga memudahkan dan senang difahami. Dari item 15 soal selidik 88.9% murid menyokong pernyataan ini.

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

15

Saya selalu menggunakan modul pembelajaran MPV

11.1%

77.8%

11.1%

       N = 27

 

iii)                  murid mendapati modul juga boleh membantu murid menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Murid juga menyarankan agar maklumat rujukan dalam modul ditambah.

 

4.                             Pengurusan dan penyelenggaraan peralatan

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

20

Saya membantu guru menjaga peralatan di bengkel

14.8%

48.1%

37.1%

      N = 27

 

i)                         dari temubual dan soal selidik, murid banyak membantu guru dalam menjaga dan menyenggara perlatan bengkel. Ini dibuktikan melalui item 20, 85.2% murid setuju dengan pernyataan ini. Hanya sebilangan kecil yang tidak membantu guru menyusun dan menyenggara peralatan

ii)                        item 20 dan 21 memperlihatkan penglibatan murid dan jadual tugas yang disediakan oleh pihak sekolah. Analisis temubual dan soal selidik menunujukkan 51.8% bersetuju dengan pernyataan ini walaupun pihak sekolah tidak menyediakan jadual waktu (Item 21)

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

21

Sekolah ada menyediakan jadual bertugas di dalam bengkel

48.1%

44.4%

7.4%

       N = 27

  

5.                             Penambahbaikan pelaksaan MPV

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

25

Bahan untuk amali mencukupi seperti tepung, dawai dan sebagainya

40.7%

55.6%

3.7%

      N = 27

 

i)                     Dari item 25, 40.7% murid menyatakan bahan untuk kerja amali tidak mencukupi.

 

Item

 

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

26

Selain daripada modul, guru menggunakan bahan bantu mengajar lain seperti CD-Rom, slaid, carta dan buku

11.1%

77.8%

11.1%

       N = 27

 

ii)                   Dari item 26, 85.2% murid menyatakan bahawa guru ada menggunakan bahan bantu mengajar selain daripada modul yang disediakan speerti CD, slaid, carta dan buku.

iii)                  Pembekalan peralatan adalah berkualiti dan canggih serta berfungsi sepenuhnya.

 

C                  Rumusan Membuat Perabot

i)                           Proses pengajaran dan pembelajaran membuat perabot berjalan lancar dengan peluang diberikan kepada murid membuat kerja amali, kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian tugasan serta tempat kerja yang selesa.

ii)                         Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran membuat perabot dapat menyediakan murid di dalam kerjaya mereka dalam bidang vokasional

iii)                        Pendedahan di dalam situasi kerja sebenar dapat memperkukuhkan penguasaan kemahiran

iv)                        Pembantu khas diperlukan untuk penyelenggaraan peralatan, pengurusan stor dan kerja perkeranian

v)                          Bantuan Per Kapita Geran mata pelajaran membuat perabot tidak mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Adalah dicadangkan bantuan Per Kapita geran mata pelajaran Membuat Perabot ditambah menjadi RM300.00

vi)                        Ruang kerja dan stor perlu ditambah untuk membolehkan kecukupan dan ruang kerja yang selesa termasuk ruang penyimpanan hasil kerja murid

vii)                       Bilangan modul dicadang dikuragkan dengan penggunaan kemahiran yang tidak berulang

viii)                     Pendedahan kepada teknologi membuat perabot terkini hendaklah dimasukkan di dalam sukatan pelajaran

 

BAB 4 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

 

i)                                 Kesemua lapan MPV telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guru dan murid dapat memahami objektif dan kandunagn Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Modul pengajaran yang dibekalkan berjaya membantu guru meyampaikan teori dan kemahiran bagi setiap MPV walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan kandungan modul-modul pengajaran.

ii)                               Secara umumnya, MPV ditawarkan kepada murid yang memperoleh pencapaian rendah dalam PMR. Purata gred yang diperolehi adalah gred D termasuk mata pelajaran utama seperti Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Pencapaian akademik yang rendah banyak mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran khususnya yang memerlukan kemahiran tinggi. Beberapa aspek kandungan MPV seperti tajuk berkaitan teori, keusahawanan dan mengira kurang diminati kerana sukar difahami.

iii)                              Dalam kesemua lapan MPV, murid lebih berminat membuat kerja–kerja amali daripada mempelajarai aspek teori. Murid lebih suka menghadiri kelas-kelas amali dan berusaha menyiapkan kerja-kerja projek yang ditugaskan sama ada secara individu atau berkumpulan. Melaui kerja-kerja amali dan projek murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas setiap MPV.

iv)                              Strategi pengajaran tunjukcara atau demonstrasi paling banyak digunakan oleh guru-guru MPV. Strategi ini amat berkesan untuk mengajar kemahiran-kemahiran MPV khususnya bagi murid-murid yang lemah.

v)                                Peruntukan masa 12 waktu bagi pengajaran dan pembelajaran setiap MPV adalah mencukupi. Walau bagaimana pun, kerja-kerja amali yang dijalankan selepas waktu rehat dan tengah hari khususnya bagi MPV Tanaman Makanan dan Lanskap Dan Nurseri tidak digemari oleh murid kerana cuaca panas.

vi)                              Peralatan yang dibekalkan mencukupi dan ada yang berkualiti tinggi dan canggih seperti mesin membuat perabot dan mesin jahit. Walau bagaimanapun terdapat beberapa peralatan tangan yang tidak berkualiti tinggi seperti cangkul, tukul, sudip, plier dan pisau cantuman yang mudah patah. Peralatan katering seperti set hidangan sup dan gunting jahitan pakaian yang dibekalkan juga tidak berkualiti.

vii)                             Sebilangan guru menghadapi masalah kekurangan masa untuk mengurus bengkel dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kerana peruntukan masa mengajar 24-28 waktu seminggu.

viii)                           Beberapa orang guru yang mempunyai inisiatif ada menjemput pakar ke sekolah untuk memberi ceramah atau membuat demonstrasi berkitan MPV yang dipelajari. Di samping itu, lawatan-lawatan pelajar dibuat ke pusat-pusat kemahiran dan industri. Usaha seperti ini amat baik baik mendedahkan murid dengan pengetahuan serta persepsi kerjaya sebenarnya dalam bidang berkenaan.

ix)                             Geran Per Kapita sebanyak RM65.00 bagi setiap MPV didapati tidak mencukupi. Peruntukan ini digunakan untuk membeli bahan-bahan mentah bagi kerja-kerja amali. Harga bahan-bahan ini seperti mentega, kisuris(bagi MPV Katering), kain, benang (bagi Rekaan dan Jahitan Pakaian) adalah tinggi berbanding dengan peruntukan yang diberi.

 

BAB 5 CADANGAN

 

i)                     Pelaksanaan 8 MPV Fasa 1 perlu dikaji semula dari aspek kurikkulum, lathian guru, pembekalan peralatan dan modul pengajaran dan pembelajaran

a)      kesimbangan antara teori dan kerja amali serta kedudukan tajuk sukar dalam kandungan MPV disemak semula

b)      tajuk keusahawanan dimantapkan

c)      aspek seperti motivasi diri dan penampilan diri dimasukkan bagi meningkatkan keyakinan dan  jati diri murid

d)      latihan guru perlu diteruskan khas untuk guru baru yang mengajar MPV

e)      sistem pembekalan peralatan dan bahan ke sekolah ditambahbaik

f)        kekurangan dan kesalahan fajta dalam modul pengajran perlu dibaiki

 

ii)                   MPV ditawarkan kepada semua murid yang berminat tanpa mengambil kira pencapaian akdemik mereka dalam PMR. Ini akan membuka peluang pekerjaan berbentuk amali kepada murid mengkiut kecenderungan dan bakat mereka. Amalan ini akan juga mengatasi MPV dilabel sebagai mata pelajaran khusus untuk murid berpencapaian rendah

iii)                  Kandungan MPV disemak semula dibawah dua kategori iaitu asas dan biasa. Murid yang tergolong dalam kategori sangat lemah (Gred D/E) hanya perlu menguasai modul-modul asas sahaja manakala murid lain perlu menguasai semua modul. Sebagai contoh pentaksiran kompetensi untuk Baju Tradisional dalam Rekaan dan Jahitan Pakaian dikurangkan kepada satu sahaja

iv)                  Penyusunan Jadual waktu bagi murid-murid MPV lebih fleksibel perlu disediakan. Kerja-kerja amalai khasnya yang melibatkan kerja lapangan seperti MPV Lanskap dan Nurseri , Tanaman Makanan, Pembinaan Domsetik sebaik-baiknya dijalankan pada sebelah pagi

v)                    Penempatan pembantu bengkel MPV perlu dipercepatkan supaya guru dapat menumpu perhatian sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran MPV. Kerja mengurus bengkel dan menyelenggara peralatan  boleh dilakukan oleh pembantu bengkel MPV. Pada masa ini pengisian ini hanya terdapat di beberapa  buah sekolah sahaja

vi)                  Pendedahan kepada situasi sebenar alam pekerjaan berkaitan MPV yang diikuti penting untuk membuka minda murid. Pihak sekolah dan guru digalakkan mengambil inisiatif mengadaka lawatan belajar ke pusat-pusat atau institusi atau menjemput usahawan atau individu yang berjaya untuk memberi taklimat atau ceramah kepada murid MPV

vii)                 Aspek-aspek keselamatan diri pelajar semasa menjalankan kerja amali perlu ditegaskan. Peralatan keselamatan yang berkenaan perlu dibekalkan kesekolah-sekolah yang melaksanakan MPV yang berkaitan

viii)               Bantuan per kapita sebanyak RM 65.00 dikaji semula dan ditambah mengikut keperluan MPV yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Cadangan bantuan per kapita yang diperlukan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut

 

a)  Lanskap dan Nurseri                              - RM 200.00

b) Tanaman Makanan                                 - RM 200.00

c) Katering dan Penyajian                           - RM 300.00

d) Rekaan dan Jahitan Pakaian                   - RM 130.00

e) Membuat Perabot                                   - RM 300.00

f) Pembinaan Domestik                               - RM 300.00

g) Seni Reka Tanda                                    - RM 250.00

h) Menservis Peralatan Elektrik Domestik     - RM 150.00

  

 

 Kembali

 

Dibina pada 06/16/04 dan dikemaskini pada 01/06/2006 oleh Azizi@2004