LAPORAN PENILAIAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

Ringkasan Eksekutif

[ DiPetik Dari Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003

 Oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, November 2003 ]

 

1 Latar Belakang

 

   Kemajuan ekonomi negara yang begitu pesat telah mengakibatkan permintaan tenaga   pekerja teknikal dan vokasional terutamanya dalam kumpulan mahir dan separa mahir.  Kementerian Pendidikan menyedari kepentingan pekerja teknikal dan vokasional untuk  menjayakan rancangan negara maju menjelang 2020. Justeru, Program Mata Pelajaran  Vokasional (MPV) merangkumi 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional  telah dirancang dan ditawarkan di peringkat Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah akademik. Program MPV telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai tahun 2002. Penggubalan kurikulum MPV serta kursus untuk guru dan mesyuarat penyelarasan dengan pegawai JPN telah dijalankan sepanjang tahun  2001.

 

   Program MPV akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2002 sehungga 2005. Sebagai permulaan, sebanyak lapan MPV dilaksanakan pada tahun 2002 di 104 (+1) buah sekolah telah terpilih. MPV yang ditawarkan adalah Lanskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Membuat Perabot, Pembinaan Domestik, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan dan Seni Reka Tanda. Setiap sekolah yang terlibat telah dibekalkan dengan bahan pengajaran iaitu Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Modul Pengajaran serta peruntukan geran pelancaran sebanyak RM 5,000 bagi setiap MPV untuk pembelian peralatan dan bahan.

 

  

  Penilian pelaksanaan program MPV bagi kohort 2002 ini dijalankan pada bulan September dan Oktober 200 2003. Kajian ini bertujuan meninjau bagaimana pihak sekolah melaksanakan program MPV serta pandangan guru dan murid yang terlibat dengan program ini.

 

2. Tujuan dan Objektif

 

   Kajian ini bertujuan :

 

i)                     Meninjau sejauh manakah MPV telah berjaya membekalkan murid dengan kemahiran untuk membolehkan mereka menceburi diri dalam bidang vokasional

ii)                   Mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan MPV di sekolah

iii)                  Mengenal pasti tindakan susulan kearah menambahbaik pelaksanaan MPV

 

3 Metodologi Kajian

 

Kajian ini berbentuk Kajian Kes. Data telah dikumpulkan melalui dua kaedah iaitu temubual dan soal selidik. Kaedah temubual melibatkan guru dan murif di 16 buah sekolah fasa pertama yang terpilih. Soalselidik ditadbirkan kepada semua murid dan guru MPV disekolah berkenaan.

 

3.1     Sampel kajian ditentukan melalui proses purposeful sampling katas kesemua lapan MPV yang dilaksanakan pada tahun 2002. sebanyak 16 buah sekolah iaitu 7 buah di sekolah Bandar dan 9 buah disekolah luar Bandar terlibat dalam kajian kes ini. Sebanyak 230 murid telah menjawab soalselidik  manaklan 16 orang guru dan 96 murid telah ditemubualkan dalam kajian ini.

 

3.2     Instrumen Kajian

 

Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Soal selidik murid terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi soalan mengenai maklumat diri murid seperti jantina, keputusan PMR dan minat manakala Bahagian B mengandungi 26 item berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran MPV.

 

Instrumen temubual guru dan murid berfokus kepada maklumat diri, kesesuaian sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran, isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan modul serta pengurusan dan penyenggaraan peralatan.

 

4           Rumusan

 

i)                 Berdasarkan pandangan guru dan murid, pelaksanaan lapan MPV telah berjaya memberi persediaan awalan dari segi teori dan kemahiran serta mendedahkan murid sekolah kepada peluang pekerjaan, kesuahawanan dan latihan dalam sektor teknikal dan vokasional.

 

ii)                 Faktor-faktor lain yang telah menyumbang kepada kejayaan dalam pelaksanaan kesemua lapan MPV termasuk :

 

 

a) objektif dan kandungan yang realisitik

b) pengunaan kaedah tunjukcara dengan berkesan, disokong dengan 

    bimbingan yang rapi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru

c) peruntukan masa (12 waktu seminggu) yang mencukupi

d) pembekalan alat dan bahan yang mencukupi untuk kerja amali

 

iii)                  Walau bagaimanapun beberapa isu dan masalah telah pun dikenalpasti seperti

 

a)      peruntukan geran per kapita sebanyak RM 65.00 bagi setiap MPV telah mencukupi untuk membeli bahan mentah untuk kerja amali dan menampung kos projek yang disediakan untuk pentaksiran murid

b)      murid membuat kerja amali dalam cuaca panas kerana perletakan jadual   waktu selepas waktu rehat dan tengahari

c)    murid kurang minati tajuk teori dan keusahawanan

 

iv)                  Secara umumya, MPV telah ditawarkan kepada murid yang memperolehi pencapaian rendah dalam Penilaian Menengah Rendah unuk mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains dan Matematik

 

5           Cadangan

 

Pelaksanaan 8 MPV Fasa 1 perlu dikaji semula dari aspek kurikulum, latihan guru, peruntukan Geran Per Kapita  dan peruntukan staf sokongan. Tindakan berikut dicadangkan untuk meningkatkan lagi pelaksanaan MPV.

 

i)                     Kurikulum

 

a)    agihan kandungan anatra teori dan amali disemak semula

b)    kedudukan tajuk sukar dipertimbangkan

c)    tajuk keusahawanan dimantapkan

d)    kekurangan dan kesalahan fakta dalam modul pengajaran perlu dibaiki

e)    sistem pembekalan peralatan dan bahan kesekolah ditambahbaik

f)      kandungan setiap MPV diasingkan kepada dua kategori; kategori pertama untuk murid sangat lemah dan kategori kedua untuk murid yang lain

 

ii)                   Latihan Guru

 

a)    bantuan per kapita perlu dikaji semula dan ditambah mengikut keperluan setiap MPV bagi menampung kos menjalankan kerja amali dan projek muted untuk pentaksiran

 

iii)                  Staf Sokongan

 

a)    penempatan  pembantu bengkel MPV perlu dipercepatkan. Langkah ini akan membolehkan guru menumpu perhatian sepenuh kepada pengajaran dan pembelajaran MPV manakala tugas mengurus bengkel dan menyelenggara perlatan boleh dilakukan oleh pembantu makmal.

 

 

Dari segi pelaksanaan, MPV ditawarkan kepada semua murid yang berminat tanpa mengira pencapaian akademik mereka dalam PMR. Ini akan membuka peluang pekerjaan berbentuk amali kepada murid mengikut kecendetungan dan bakat mereka.

 

 

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

November 2003

Laporan  Membuat Perabot

  Kembali

Dibina pada 06/16/04 dan dikemaskini pada 06/16/2004 oleh Azizi@2004