Make your own free website on Tripod.com
 

Penggredan Melalui Sistem Abjad

 

Markah yang menggunakan abjad adalah paling lama dan paling popular digunakan. Terdapat cadangan-cadangan untuk melengkapkan laporan dengan perkara-perkara lain tentang pelajar. Dalam keadaan ini, guru-guru harus membuat keputusan sama ada untuk meringkaskan atau melengkapkan system. Berikut diterangkan beberapa kaedah untuk membuat laporan tentang prestasi pelajar.

 

Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan E atau F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan E tidak menguasai atau F gagal. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan penggredan ini. Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan.

 

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini. Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A. Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak kategori.

 

Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred abjad, kita telah mengkelaskan markah ini kepada kategori tertentu dan mengubah kategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar. (HBEF 3203 : Pelaporan dan Isu-Isu Penilaian , 2006 )

 

Sistem Abjad

 

Sistem ini ( A, B, C, D, E, F) mudah digunakan, senang mencari puratanya dan selalu digunakan untuk meramal kemajuan akan datang. Nilainya adalah seperti berikut iaitu A untuk cemerlang, B untuk baik, C untuk memuaskan, D untuk lemah dan E atau F untul gagal. Kadangkala nombor digunakan untuk mengantikan abjad.

 

Pemberian Gred Abjad

 

Seorang guru mungkin menghadapi beberapa pembutiran semasa ingin membuat keputusan tentang pemberian gred seperti apakah jenis dan tahap kemahiran yang perlu dilambangkan oleh gred, apakah data-data yang perlu dicampurkan untuk mendapatkan sesuatu gred dan sejauh manakah sebaran gred harus dibuat.

 

Salah satu cara bersistematik yang digunakan ialah melakukan langkah pertama dengan menukarkan markah mentah (raw score) kepada markah/skor Z dan markah/skor T. Sekiranya terdapat lebih dari satu ujian untuk menentukan satu gred akhir, tentukan pemberat dengan mengunakan kaedah yang telah diterangkan terlebih dahulu iaitu mengambil kira sebaran markah.

 

Jumlahkan semua markah dan bina graf kekerapan kekerapan untuk jumlah (total) markah supaya memudahkan guru membuat keputusan dan kirakan nilai min, median, mod dan sisihan piawai/lazim.

 

Gunakan nilai median (sekiranya terdapat beberapa markah ekstrem) atau min (sekiranya nilai min adalah sama dengan nilain median) sebagai garisan rujukan atau pemisah tengah untuk dua kumpulan (tinggi atau rendah).

 

Titik pemisah tersebut ialah garisan tengah untuk Gred C dengan sempadan tertingginya ialah + sisihan piawai dan sempadan terendahnya ialah sisihan piawai. Dengan mengunakan penanda julat setiap sempadan gred 1 sisihan piawai, Gred B berada diantara + sisihan piawai dan + sisihan piawai, Gred A berada dari + 1 sisihan piawai keatas. Begitu juga dengan pembahagian Gred D iaitu antara sisihan piawai dan 1 sisihan piawai dan Gred F dari 1 sisihan piawai ke bawah.

 

 

 

Sebagai contoh, sekiranya nilai median = 0.1 sisihan piawai atau markah Z = 0.1 dan markah T = 51, maka taburan sela gred kelas adalah seperti berikut :

 

Dalam contoh diatas, Gred A adalah untuk markah 24 ke atas, Gred B diantara 22 dan 24, Gred C diantara 19 dan 21, Gred D diantara 16 dan 18 dan Gred F bawah daripada 16.

 

Kerja menjadi lebih mudah dan sistematik apabila guru menyediakan jadual dengan ruang untuk nama pelajar, markah mentah, markah Z, markah T dan gred. Lihat contoh lanjutan dalam jadual dan rajah berikut yang mengunakan data dalam jadual berikut. Markah mentah ditukar ke markah Z dan T. Titik tengah untuk Gred C dipilih berdasarkan nilai median iaitu amrkahnya ialah 45.8 (5 sebelum dan selepas 45.8 iaitu 1 sisihan piawai). Dengan ini, taburan gred berdasarkan markah T ialah :

 

  Gred A = 60.7 keatas  
  Gred B = 50.8 60.7  
  Gred C = 40.8 50.7  
  Gred D  = 35.8 40.7  
  Gred E = 25.8 ke bawah  

 

 

Jadual 1.  Pemberian Gred

 

No.

Pelajar

Markah Mentah

Markah

Z

Markah

T

Gred

1

24

2.5

75.0

A

2

23

2.21

72.1

A

3

21

1.63

66.3

A

4

20

1.34

63.4

A

5

19

1.04

60.4

B

6

19

1.04

60.4

B

7

18

0.75

57.5

B

8

17

0.5

55.0

B

9

17

0.5

55.0

B

10

17

0.5

55.0

B

11

16

0.17

51.7

B

12

16

0.17

51.7

B

13

15

-0.13

48.7

C

14

14

-0.42

45.8

C

15

14

-0.42

45.8

C

16

14

-0.42

45.8

C

17

14

-0.42

45.8

C

18

14

-0.42

45.8

C

19

14

-0.42

45.8

C

20

14

-0.42

45.8

C

21

13

-0.71

42.9

C

22

13

-0.71

42.9

C

23

13

-0.71

42.9

C

24

13

-0.71

42.9

C

25

12

-1.0

40.0

D

26

12

-1.0

40.0

D

27

12

-1.0

40.0

D

28

12

-1.0

40.0

D

29

12

-1.0

40.0

D

30

11

-1.3

37.0

D

 

 

 

 

 

Rajah 1.  Kaitan Antara Sisihan Piawai dan Skor Piawai dengan Pemberian Gred Berdasarkan Nilai Median 45

 

 

Dibina pada Apr 17, 2010 dan dimuatkan pada Apr 17, 2010 oleh Pengendali@2006