Kursus Kenegaraan

 

Kursus Kenegaraan (Sistem Saraan Malaysia)

 

Kursus Kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;
  2. untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;
  3. untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan
  4. untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
 

Ringkasan Modul

Bil

Tema

Objektif

Metodologi

%

A

SEJARAH
KEBANGKITAN
NEGARA

  • Kewujudan Negara
  • Peristiwa Kemerdekaan
  • Kontrak Sosial
  • Perlembagaan Negara
  • Dasar-dasar Negara

a. Memahami:

  • asal-usul kewujudan dan kemerdekaan negara.
  • Konsep kontrak sosial, perlembagaan dan dasar negara.

b. Menganalisis:

  • Peristiwa-peristiwa berhubung dengan kebangkitan negara
  • Implikasi kontrak sosial terhadap sosioekonomi, sosiopolitik serta sosiobudaya.
  • Serta menghurai perlembagaan dan dasar-dasar negara.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

10

B

KESETIAAN
KEPADA RAJA,
KERAJAAN DAN
NEGARA

  • Konsep Negara
  • Demografi Penduduk
  • Sistem Pemerintahan Negara
  • Sistem Kerajaan Berparlimen
  • Malaysia, Serantau dan Kebangsaan
  • Semangat Patriotisme, Kedaulatan dan Maruah

a. Memahami:

  • Konsep negara dan elemen-elemen pentingnya termasuk tanah air, penduduk, pemimpin & kedaulatan.
  • Ciri-ciri demografi penduduk Malaysia dan kepentingannya kepada pembangunan negara.
  • amalan sistem pemerintahan di Malaysia serta kepentingan demokrasi berparlimen.

b. Menganalisis peranan dan kepentingan perhubungan diplomatik di antara Malaysia dengan negara-negara lain.

c. Membina kesetiaan diri kepada kerajaan dan pemimpin negara.

d. Menganalisis kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dan mengaitkannya dengan maruah negara.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

30

C

PENGURUSAN INTEGRITI, AKAUNTABILITI, MORAL DAN
ETIKA

  • Konsep Integriti, Akauntabiliti, Moral dan Etika.
  • Pertimbangan Moral.
  • Kesejahteraan Kendiri dan Sistem Kepercayaan.
  • Nilai, Moral dan Etika dalam Agama.

a. Memahami:

  • Konsep intergriti, akauntabiliti, moral dan etika dan mengaitkannya dengan peranan sebagai penjawat awam.
  • prinsip Utilitarian dan Kemoralan Sosial serta kaitannya dengan konsep moral dan etika.
  • Tahap-tahap perkembangan moral.
  • Maksud kesejahteraan kendiri dan sistem kepercayaan serta perkaitannya dengan cara seseorang awam bertingkah laku.

b. Menganalisis situasi yang memerlukan pertimbangan moral.

c. Memahami dan menghurai konsep nilai, moral dan etika dalam agama seperti Budha, Hindu, Kristian dan Islam.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

15

D

PEMBANGUNAN
DIRI DAN
KUMPULAN

  • Penerokaan Diri
  • Perkaitan ciri-ciri diri(trait) dan keperibadian (personality)
  • Kelebihan dan kekurangan diri.
  • Perbezaan diri dan kelompok.

a. Memahami:

  • Kaedah mengenali diri sendiri.
  • Ciri-ciri dan keperibadian diri.
  • tahap-tahap dalam hirarki keperluan Maslow
  • Teori tret Gordon Allport
  • Konsep identiti sosial serta perbezaan yang wujud di dalamnya
  • bahawa setiap individu adalah berbeza dan pentingnya menghormati perbezaan individu dalam kelompok.

b. Membina kemahiran mengeksploitasi kualiti, kelebihan dan kekuatan diri sendiri untuk menjadi seorang penjawat awam yang berkualiti dan efektif.

c. Menganalisis perbezaan dan keunikan setiap individu dan mengaitkannya dengan tingkah laku yang dipamerkan sebagai seorang penjawat awam.

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

15

E

PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN

  • Kecergasan Fizikal
  • Pendidikan Disiplin dan Team Building
  • Pendidikan Kesihatan
  • Ketahanan Mental

a. Mengetahui:

·   tahap kecergasan diri melalui siri ujian kecergasan mudah.

·   Kepentingan penjagaan biologikal diri melalui pengalaman aktiviti yang sistematik.

·   Tahap kesihatan sedia ada dan kaedah untuk menjaga kualiti kesihatan sendiri.

·   Kaedah untuk mengurangkan tekanan diri(stress)

b. Meningkatkan kecergasan fizikal diri dan kestabilan emosi.

c. Memperkukuhkan dan membina semangat setia kawan serta saling membantu tanpa mengira kepentingan diri atau kaum.

d. Membina mental yang positif dan kesediaan menghadapi cabaran.

Ujian kecergasan kebangsaan

Ujian Larian

Ujian ketahanan (endurance test)

Kembara

Pembarisan pagi (kawad, menaikkan bendera, nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa, senaman)

Kembara (solat subuh di luar kem, abseiling, tracking, obstacle crossing)

Ujian kesihatan (darah, tekanan darah, berat, ketinggian)

30

 
 

(a) AGIHAN PERATUSAN (%) MENGIKUT TOPIK KURSUS  

 
** SYARAT KELULUSAN KURSUS  

Peserta dianggap gagal sekiranya melakukan salah satu perkara-perkara berikut:

  1. Ponteng
  2. Berkhalwat/bermukah
  3. tidak patuh kepada arahan urus setia.

 

  

Penilaian Kursus Kenegaraan

 

PENILAIAN KURSUS KENEGARAAN

  1. Pendahuluan

 

 

Di dalam Kursus Kenegaraan, peserta akan dinilai melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – 55%, Ujian Aneka Pilihan (OMR) – 40% dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) – 5%. Bagi tahap-tahap kelulusan yang perlu dicapai oleh para peserta adalah seperti jadual yang disertakan dibawah:

 

 

TAHAP KELULUSAN

AGIHAN MARKAH

LDK (55%)

OMR (40%)

PJK (5%)

CEMERLANG

50 – 55

35 – 40

4 – 5

LULUS

28 – 49

20 – 34

0 – 3

KANDAS

0 – 27

0 – 19

  

 

  1. Format Penilaian

 

 

Penilaian Kursus Kenegaraan ini mengandungi tiga format penilaian berasingan iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ujian Aneka Pilihan (OMR) dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Peserta perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua tahap penilaian Kursus Kenegaraan ini. Oleh itu peserta adalah dinasihatkan supaya jangan menumpukan kepada satu atau dua tahap penilaian sahaja.

Bagi mencapai tahap kelulusan CEMERLANG, peserta perlu mencapai tahap cemerlang bagi kesemua item penilaian iaitu sekurang-kurangnya 50 markah (Latihan Dalam Kumpulan – LDK), 35 markah (Ujian Aneka Pilihan – OMR) dan 4 markah (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – PJK)

Bagi mencapai tahap kelulusan LULUS pula, peserta perlu sekurang-kurangnya memperolehi 28 markah (LDK) dan 20 markah (OMR). Jika peserta didapati gagal memperolehi markah LULUS di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) atau Ujian Aneka Pilihan (OMR) atau kedua-duanya sekali, maka peserta berkenaan dikira KANDAS bagi Kursus Kenegaraan ini.

Kesimpulannya, matlamat akhir penilaian Kursus Kenegaraan ini adalah untuk membina ketahanan diri anggota penjawat awam dari segi fizikal dan mental, pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah peserta sebagai anggota perkhidmatan awam di samping memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

* Peraturan bagi setiap ujian yang dikendalikan akan dimaklumkan sebelum ujian dilaksanakan oleh pegawai yang ditugaskan.

 

Keperluan@Peralatan

 

PAKAIAN:

 

 

 

A) Semasa Ceramah, LDK dan Peperiksaan:  

 

 

Lelaki:

 

  1. Baju kemeja putih lengan pendek  *
  2. Seluar panjang berwarna hitam atau gelap
  3. Sarung kaki/Stokin
  4. Kasut Kulit

 

 

 

Wanita:

 

  1. Baju kurung putih
  2. Kain sarung hitam atau gelap
  3. Kasut hitam (Sandles Tidak Dibenarkan)
  4. Bertudung/Selendang

 

 

 

B) Semasa Aktiviti Gerak Fizikal

 

 

a.       'Track-Bottom'

b.       T-Shirt putih berkolar lengan pendek (Lelaki)/ lengan panjang (Perempuan) *

c.       Sarung kaki / Stokin

d.       Kasut getah / kasut sukan  

 

 

C) Semasa KEMBARA

 

 

a.       T-Shirt putih lengan panjang 'plain' *

b.       Kasut getah / kasut sukan dan sarung kaki / stokin.

c.       Peralatan KEMBARA (disediakan oleh Urus Setia)

 

 

 

D) Semasa Penghayatan Rohani

 

 

a.       Pakaian yang sesuai

b.       Pakaian yang sesuai untuk Solat Jumaat

 

 

 

E) Keperluan Harian (Persendirian)

 

 

a.       Tuala

b.       Kain basahan

c.       Berus gigi, ubat gigi, sabun dan lain-lain

d.       Pisau cukur

e.       Selipar

f.        Ubat-ubatan persendirian

g.       Penyangkut baju

h.       Lain-lain keperluan  

 

 

* Boleh juga diperolehi di Kedai Koperasi Kem tempat kursus dilaksanakan.

 

 

 

Hakcipta © 2003 BIRO TATANEGARA, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia

Dibina semula pada 12/01/2004 oleh Azizi@2004.