ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

Tafsiran

 

1. Ahli Panel

    

    penjawat awam yang dilantik untuk menjalankan tugas menghasilkan item pentaksiran

 

2. Bahan Perealisasian Item

 

    dokumen dan kit yang digunakan melatih penulis item

 

3. Bilik Bank Item

 

    bilik yang digunakan untuk menyimpan dan memasukkan bahan /dokumen yang dikategorikan sebagai raw 

    pool, lock pool dan ready pool

 

4. Bilik Kebal

 

    bangunan yang dibina mengikut spesifikasi dan memenuhi ciri keselamatan untuk menyimpan bahan sulit

 

5. Dokumen Penetapan Darjah

 

    mengandungi rekabentuk instrumen pentaksiran/format pentaksiran dan cadangan gred sempadan

 

6. Dokumen Terperingkat

 

   maklumat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yang bertanda dengan 

   sesuatu peringkat keselematan

 

7. Dokumen Terhad

 

   bahan dan maklumat rasmi selain dari rahsia besar, rahsia dan sulit juga diberi peringkat keselamatan

 

8. Dokumen Sulit

 

    bahan dan maklumat rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran walau tidak memberhayakan keselamatan akan 

    memudaratkan kepentingan atau kegiatan kerajaan atau personel atau keadaan

 

9. Fail Sulit

 

   fail yang mengandungi mauskrip dan disket/CD serta bahan rasmi

 

10. Jadual Spesifikasi Ujian

 

    jadual yang menunjukkan hubungan antara konstruk dengan konteks dan taburan aras kesukaran item 

 

11. Pegawai Pembina

 

     pegawai yang dipertanggungjawab untuk membina instrumen pentaksiran dari peringkat awal sehingga akhir

 

12. Penggubal

 

     personel yang terlibat dalam penulisan item atau set kertas soalan bagi mata pelajaran tertentu

 

13. Penilai Item

 

     penjawat yang dilantk untuk menjalankan tugas menilai item

 

14. Penilaian Item

 

     proses pertimbangan terhadap sesuatu item berdasarkan sistem 9-poin yang diakhiri dengan item diterima , 

     ditolak atau dalam perhatian

 

15. Penilaian Instrumen

 

     mesyuarat yang dilaksanakan dipremis LPM oleh sekumpulan pegawai yang diberi kuasa atau paar untuk 

     mengkaji dan meniliti draf bentuk akhir bagi memastikan pemasangan instrumen mematuhi paiawai yang 

     ditetapkan

 

16. Pentaksiran

 

     proses mendapatkan maklumat/evidens dan membuat penghakiman tentang produk

 

17. Pentaksir Luar

 

     individu pakar dalam sesuatu bidang untuk mengesahkan kandungan sesuatu tugasan

 

18. Peraturan Pemarkahan

 

     garis panduan untuk menskor jawapan pelajar yang mengandungi kriteria pemarkahan, pembahagian skor 

     dan jawapan/contoh jawapan sesuatu tugasan

 

19. PraUjian

 

     proses menguji item yang telah disediakan bagi mendapatkan maklumat tentang tingkahlaku item untuk 

     mengenal pasti kesesuaian

 

20. Statistik Item

 

     maklumat tingkahlaku item dari segi kesukaran , keupayaan item dari segi diskriminasi antara pelbagai 

     tahap calon yang mengambil ujian dan keberkesanan distraktor pada item berkenaan bagi menarik 

     calon-calon yang tidak menguasai perkara yang diuji

 

     Banyak lagi tafsiran yang ada didalam tatacara tetapi penulis hanya menulis beberapa perkara yang 

     dianggap penting saja sebagai panduan. Tafsiran lain-lain boleh dipohon dengan menulis kepada Pengarah 

     Peperiksaan.

 

 ( Nota ini adalah nota panduan sahaja, bukan nota/panduan rasmi )    

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 05/28/2004 oleh Azizi@2004