Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Anjuran LPM dan Arkib
Negara Mac 2005
Dapatan Kursus
Semua jabatan/organisasi harus akur akan Akta Arkib Negara 2003
Semua jabatan/organisasi harus mempunyai Pegawai Rekod Jabatan
Mengadakan satu unit di dalam jabatan/agensi yang
bertanggungjawab mengendalikan fail dan rekodnya
Mengadakan sistem klasifikasi fail dan rekod yang seragam
PEMBUKAAN FAIL
(a) Mempunyai seorang pegawai tertentu yang bertanggungjawab dalam
aspek-aspek berikut:
(i) Memberi tajuk fail yang tepat berasaskan kepada perkara yang
diuruskan.
(ii) Memberi nombor rujukan yang betul berdasarkan Kod Klasifikasi
Perkara.
(iii) Mengklasifikasikan keselamatan fail mengikut warna kulit fail:
Rahsia Besar (Kuning Berpalang
Merah)
Rahsia (Merah Jambu)
Sulit (Hijau)
Terhad (Putih tetapi ditanda/cop
perkataan TERHAD)
Terbuka (Putih)
(b) Mendaftarkan Nombor rujukan fail dalam salah satu dokumen berikut:
(i) Doket faharasat abjad dan doket faharasat bilangan; atau
(ii) Buku Pendaftaran Fail
(c) Memasukkan kertas minit Bil. Am 6 dibahagian dalam Kulit Fail;
(d) Mengkandungkan surat serta mencatatkan nombor kandungan diatas
surat yang berkenaan;
dan
(e) Mencatatkan kandungan surat yang mengandungi butir-butir berikut:
Nombor kandungan
Jabatan pengirim
Tarikh surat dikandungkan di kertas
minit.
2. PEMBUKAAN FAIL SAMBUNGAN
(a) Membuka fail sambungan selepas kandungan mencapai 100 atau satu
inci tebal;
(b) Membuka kulit 2 bagi fail sambungan dengan tajuk dan nombor rujukan
yang sama dengan fail asal; dan
(c) Bilangan kandungan dalam kulit dua dimulakan dengan nombor
3. PERGERAKAN FAIL
(a) Memaklumkan pergerakan fail kepada kerani melalui:
(i) Borang Pergerakan Fail;
(ii) Telefon; dan
(iii) Memo.
(b) Mencatatkan pergerakan fail dalam doket faharasat bilangan atau
dalam
lain-lain dokumen
seperti kad pergerakan fail.
4. MENDAPATKAN FAIL
(a) Masa yang diambil bagi mendapatkan fail;
(b) Kekerapan fail tidak dapat dikesan;
(c) Staf yang bertanggungjawab untuk mendapatkan fail;
(d) Fail sementara digunakan jika fail asal tidak dapat dikesan; dan
(e) Fail sementara dikandungkan ke dalam fail asal apabila dijumpai.
5. PENYIMPANAN FAIL
(a) Bilik Fail:
(i) Rak yang mencukupi;
(ii) Rak ditampal dengan nombor rujukan fail;
(iii) Susunan rak fail teratur;
(iv) Ruang bilik mencukupi;
(v) Bilik fail kemas dan teratur;
(vi) Cahaya lampu yang terang;
dan
(vii) Mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti berikut:
Sprinkler
Alat pemadam api
Perlindungan daripada makluk
perosak seperti lipas.
(b) Bilik fail sentiasa berkunci; dan
(c) Kabinet Besi:
(i) Bilangan yang mencukupi;
(ii) Ditampal dengan nombor rujukan fail;
(iii) Susunan fail yang teratur; dan
(iv) Sentiasa berkunci.
6. PELUPUSAN FAIL
(a) Kekerapan mengasingkan fail aktif dengan yang tidak aktif; dan
(b) Kekerapan memindahkan fail yang tidak aktif ke Arkib Negara.
7. SOKONGAN PENGURUSAN
(a) Penglibatan pihak pengurusan dalam aktiviti-aktiviti berikut:
(i) Pengwujudan sistem fail yang cekap;
(ii) Mengkaji semula sistem fail dari semasa ke semasa;
(iii) Pendidikan dan latihan untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran
pekerja;
(iv) Mewujudkan jawatan dan bilangan staf yang sesuai bagi mengendalikan fail;
dan
(v) Menyediakan peralatan fail yang mencukupi seperti kabinet dan kulit fail.
“ ….WITHOUT
RECORDS TO PROVIDE DOCUMENTARY EVIDENCE OF ITS ACTIVITIES, NO GOVERNMENT OR
ORGANISATION CAN BE HELD ACCOUNTABLE “
“ RECORDS MANAGEMENT AIMS TO SUPPLY THE RIGHT
RECORD TO THE RIGHT PERSON, AT THE RIGHT TIME AND AT THE LEAST POSSIBLE COST”
“ CITIZENS SHOULD
EXPECT THEIR GOVERNMENT TO MAINTAIN RELIABLE AND ACCURATE DOCUMENTARY EVIDENCE
OF ITS DECISIONS AND ACTIONS”