
|
|
PENGURUSAN REKOD
KERAJAAN
|
|

|
KANDUNGAN
- Rekod Awam dan Tanggungjawab Anda
- Pemeliharaan Rekod
- Pemindahan Rekod
- Jadual Pemisahan Rekod
- Pemusnahan Rekod
- Rancangan Rekod Penting Kerajaan
1.
REKOD AWAM DAN TANGGUNGJAWAB ANDA
Di bawah Akta Arkib Negara 2003, rekod
awam ertinya rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh
mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana
pekhidmat awam atau pekerja pejabat awam dalam perjalanan tugas rasminya dan
termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan dan juga termasuk segala rekod
yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini, adalah dalam jagaan atau di bawah
kawalan Akta Arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Arkib Negara
1966 [Akta 511].

Dengan kata lain
rekod awam merangkumi apa sahaja maklumat yang tercatat atau yang direkodkan
(recorded information) berhubung dengan semua tugas atau kerja harian jabatan.
Kepentingan Rekod
Awam
- Rekod Awam adalah warisan negara yang mengandungi pelbagai
maklumat penting mengenai pentadbiran dan sejarah negara.
- Rekod awam mengandungi ilmu pengetahuan yang dapat
menimbulkan kesedaran kebangsaan.
- Rekod Awam merupakan sumber utama yang penting untuk
rujukan oleh kerajaan dan orang ramai.
- Rekod Awam mengandungi maklumat yang boleh menjaga dan
melindungi hak serta kepentingan Kerajaan dan individu.

Memandangkan rekod-rekod
tersebut adalah penting, maka adalah menjadi tanggungjawab jabatan dan anda
untuk menjaga dan memeliharannya. Ini bersesuaian dengan matlamat Kerajaan
untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap dan ekonomik menerusi satu
sistem pengurusan rekod yang teratur dan moden di kalangan jabatan-jabatan
Kerajaan.
Tanggungjawab Anda
Terhadap Rekod Awam
- Mewujudkan rekod-rekod yang jabatan anda perlukan di dalam
urusan harian.
- Menentukan supaya rekod-rekod yang masih diperlukan oleh
jabatan disimpan secara sistematik dan dipelihara dengan baik.
- Mengasingkan rekod-rekod yang tidak lagi diperlukan.
- Menghubungi Arkib Negara Malaysia di atas apa-apa perkara
mengenai rekod-rekod yang tidak diperlukan.
- Menyediakan senarai pemindahan bagi rekod-rekod yang berusia
5 tahun setelah ditutup bagi menentukan sama ada rekod-rekod tersebut
perlu dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia untuk disimpan dan dimusnahkan
- Mempastikan semua rekod bernilai yang telah berusia 20
tahun semenjak diwujudkan disenarai dan dipindahkan ke Arkib Negara
Malaysia.
- Meminta kebenaran daripada Ketua Pengarah Arkib Negara
untuk pemusnahan rekod-rekod yang tidak bernilai.
- Mendapatkan khidmat nasihat dan bekerjasama dengan
Pegawai-Pegawai Arkib mengenai cara pengurusan rekod di jabatan anda.

Untuk melaksanakan kerja-kerja
pengurusan rekod yang lebih berkesan, Pegawai Rekod Jabatan dan Pegawai Kerani
Rekod perlulah dilantik.
2. PEMELIHARAAN
REKOD
Kenapa Rekod Perlu
Dipelihara?
1.
Rekod-rekod yang
diwujudkan oleh Jabatan Kerajaan yang mempunyai nilai-nilai kekal dan sejarah
merupakan warisan negara. Rekod-rekod ini amat penting sebagai bahan bukti dan
sumber rujukan yang boleh digunakan oleh Kerajaan, penyelidik dan generasi akan
datang.
2.
Rekod-rekod mudah
dirosakkan oleh agen-agen perosak jika tidak dipelihara dengan cermat dan akan
membawa kerugian kepada negara.
Apa Dia
Musuh-Musuh Rekod?

Musuh-musuh rekod adalah semua agen
perosak yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, biologikal, kimiawi dan
manusia.
Faktor
Fizikal
- Tempat Simpanan.
Tempat simpanan yang tidak sempurna adalah merupakan salah satu agen
perosak rekod seperti bangunan yang diperbuat dari kayu dan mudah
terbakar, dimasukki air, serangga serta juga tidak mempunyai sistem
peredaran udara yang baik dan sistem penyimpanan yang tidak teratur.
- Cahaya, Suhu dan Kelembapan.
Rekod-rekod yang sering terdedah kepada cahaya dan mudah rosak, pecah dan
bertukar warna manakala suhu yang terlalu tinggi menyebabkan rekod mudah
berkedut dan hancur. Kelembapan bandingan (relative humidity) yang tinggi
pula menggalakkan pertumbuhan cendawan dan kulat pada rekod-rekod
tersebut.
- Habuk.
Habuk yang terkumpul di tempat simpanan rekod di mana kelembapan
bandingannya tinggi akan menggalakkan pertumbuhan cendawan dan kulat.
Butiran-butiran halus dan tajam pada habuk merosakkan kertas dan rekod
yang lain terutama sekali mikrofilem dan pita magnetik. Habuk juga
mengandungi bakteria yang merbahaya kepada manusia.
- Bencana Alam.
Banjir, peperangan, kebakaran, gempa bumi dan bencana-bencana alam yang
lain adalah juga merupakan agen-agen perosak rekod.
Faktor Biologikal
Terdiri daripada binatang/serangga
perosak seperti tikus, anai-anai, lipas, gegat dan binatang-binatang perosak
yang lain. Ia akan menyerang rekod-rekod yang disimpan di tempat simpanan yang
tidak terurus, lembap, sesak dan kotor. Kulat dan cendawan juga merupakan agen
perosak rekod.
Faktor Kimiawi

Rekod-rekod yang diwujudkan
merupakan bahan-bahan kimia umpamanya kertas yang mengandungi asid semasa
proses pembuatannya.
Begitu juga dakwat
dan bahan-bahan kimia lain yang digunakan ke atas rekod-rekod daripada
jenis-jenis yang berlainan. Sekiranya rekod-rekod ini tidak dipelihara dengan
sempurna, bahan-bahan kimia di dalamnya akan bertindakbalas dengan alam sekitar
dan akan merosakkan rekod.
Pencemaran udara terutamanya yang berpunca daripada asap kilang-kilang
perindustrian dan kenderaan, di dalam jangkamasa panjang akan mendatangkan
kesan buruk ke atas rekod.
Faktor Manusia
Manusia adalah perosak utama kerana
kebanyakan kerosakan ke atas rekod adalah berpunca daripada kelalaian manusia
menguruskannya. Ia Boleh terjadi apabila rekod-rekod dikendalikan dengan kasar,
tidak disimpan dengan baik dan tidak dipelihara dengan selamat.
Cara-cara
Pemeliharaan Rekod
Tempat simpanan rekod mestilah
terdiri daripada bangunan yang sesuai dan selamat yang mempunyai ciri-ciri
berikut :
- Kedudukannya hendaklah di atas paras banjir dan tidak ada
saluran air yang merintangi tempat simpanan rekod untuk mengelakkan
sebarang kebocoran dan banjir.
- Bahan-bahan binaan yang kukuh, bermutu tinggi, tidak mudah
terbakar dan diresapi air.
- Dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran seperti
alat-alat pengesan asap dan haba, sistem semburan automatik, loceng amaran
kebakaran, pintu rintangan api dan sebagainya.
- Mempunyai sistem pendawaian elektrik yang selamat.

- Tempat simpanan rekod memerlukan peredaran udara yang baik
dengan suhu yang sesuai iaitu di antara 15?C - 18?C dan kelembapan
bandingannya ialah 55% - 65%. Sekiranya tempat simpanan rekod tidak
mempunyai alat hawa dingin, kipas bolehlah digunakan untuk mendapatkan
peredaran udara yang sempurna.
- Tempat simpanan rekod perlulah dibersihkan selalu dengan
menggunakan pencuci hampagas sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Rekod perlu disimpan di atas rak dan disusun kemas
mengikut jenis-jenis rekod bagi memudahkan peredaran udara dan pengesanan
kembali rekod-rekod tersebut.
- Rekod yang terkena air hendaklah dikeringkan dengan
menggunakan kipas dan tidak boleh dijemur di bawah sinaran matahari. Rekod
yang berlapuk, berkulat dan sebagainya hendaklah dibersihkan.
- Rekod yang koyak tidak boleh ditampal sesuka hati den
perlu menggunakan perekat atau gam yang sesuai. Mana-mana kertas atau
lampiran yang tertanggal hendaklah dimasukkan semula ke dalam fail dengan
segera.
Berdasarkan Akta
Arkib Negara 2003 dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1997 iaitu mengenai
Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan Bab 5, jabatan-jabatan
kerajaan perlu mematuhi peraturan tersebut bagi memastikan rekod-rekod kerajaan
dipelihara dengan selamat.
3. PEMINDAHAN
REKOD
Apa Dia Pemindahan
Rekod

Pemindahan rekod ialah proses di
mana rekod-rekod dipindahkan dari sesebuah jabatan/agensi Kerajaan ke Arkib
Negara Malaysia. Hanya rekod-rekod yang tidak aktif dan tidak diperlukan lagi
di dalam urusan pentadbiran harian jabatan tetapi mempunyai nilai-nilai kekal
dan rujukan dipindahkan ke Arkib Negara.
Kenapa
Rekod Perlu Dipindahkan
- Mempastikan rekod-rekod yang mempunyai nilai kekal dan
sejarah dipelihara dengan lebih selamat.
- Menyimpan rekod-rekod di Arkib Negara Malaysia adalah
menjimatkan perbelanjaan di samping mengatasi masalah kesesakan
ruang simpanan jabatan.
- Meningkatkan kecekapan jabatan di dalam pengurusan rekod
di mana hanya rekod-rekod aktif yang diperlukan untuk urusan pentadbiran
sahaja disimpan di jabatan.
Kumpulan Rekod
Yang Boleh Dipindahkan

1.
Kumpulan-kumpulan
rekod yang diwujudkan sebelum dan pada tahun 1948.
2.
Kumpulan-kumpulan
rekod peribadi/perkhidmatan kakitangan jabatan kerajaan.
- Rekod-rekod yang bernilai yang telah mencapai usia lebih
dari lima tahun dari tarikh penutupannya. Keutamaan perlu diberi kepada
rekod-rekod yang telah berusia lebih dari dua puluh tahun.
- Rekod-rekod yang telah dipersetujui untuk dipindahkan ke
Arkib Negara Malaysia berdasarkan Jadual Pemisahan Rekod Jabatan.
- Rekod-rekod terperingkat yang telah dikelaskan semula
tarafnya kepada rekod terbuka dan yang telah dipersetujui untuk
dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
- Rekod-rekod yang telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
Kumpulan Rekod
Yang Tidak Boleh Dipindahkan
- Rekod-rekod terperingkat yang telah dikelaskan di bawah
Akta Rahsia Rasmi (Pindaan 1986) yang belum dikelaskan semula dan belum
diturunkan tarafnya kepada rekod terbuka.
- Rekod-rekod tertentu yang perlu disimpan di jabatan
disebabkan oleh kepentingan pentadbiran atau perundangan atau tidak boleh
dibuka untuk rujukan awam kerana tertakluk kepada 'Standing
Instruction/Order', Aturan Perlembagaan, Kanun dan Akta Jabatan tersebut.
Sungguhpun begitu jabatan berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada
Menteri berkenaan menurut seksyen 28(4) Akta Arkib Negara 2003.
Bagaimana
Rekod-rekod Dipindahkan?

1.
Menghubungi Arkib
Negara Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai tatacara pemindahan
rekod.
2.
Mengenalpasti dan
mengasingkan rekod-rekod yang tidak aktif daripada rekod-rekod aktif.
3.
Menyusun rekod-rekod
dengan teratur mengikut siri, nombor yang seturut atau tahun rekod diwujudkan.
4.
Menyediakan Senarai
Pemindahan Rekod di dalam tiga salinan dengan memberikan cadangan sama ada
rekod-rekod tersebut hendak disimpan atau dimusnahkan berdasarkan kriteria tertentu.
5.
Memajukan dua salinan
Senarai Pemindahan Rekod ke Arkib Negara Malaysia untuk tindakan penilaian oleh
Arkib Negara Malaysia.
6.
mendapatkan keputusan
penilaian rekod sama ada rekod-rekod yang telah disenaraikan dahulu hendak
dipindahkan atau dimusnahkan.
7.
Mendapatkan kebenaran
daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bagi memindahkan rekod-rekod yang
telah dipersetujui untuk disimpan.
- Mempastikan bahawa rekod-rekod terperingkat iaitu
rekod-rekod yang telah dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan
1986) diturun tarafkan kepada taraf terbuka dahulu sebelum dipindahkan.
- Memindahkan rekod-rekod ke Arkib Negara Malaysia. Semasa
pemindahan, wakil jabatan perlu hadir untuk semakan rekod-rekod yang
dipindahkan dan mengesahkan bahawa rekod-rekod tersebut adalah sama
seperti yang disenaraikan.
Bolehkan
Rekod-Rekod Tersebut Dirujuk?
- Rekod-rekod yang telah dipindahkan ke Arkib Negara
Malaysia boleh dirujuk oleh jabatan atau agensi berkenaan dengan
menggunakan borang permintaan (Misc 79) yang boleh didapati dari Arkib
Negara Malaysia. Khidmat rujukan ini juga tertakluk kepada 35(1), Akta
Arkib Negara 2003.
- Permintaan yang segera juga boleh dibuat melalui telefon
atau faksimili dengan memberikan tajuk fail dan nombor rujukan rekod yang
diperlukan, tetapi borang permintaan hendaklah juga diisi dan dihantar ke
Arkib Negara Malaysia.
- Rekod-rekod yang diminta akan dikirimkan dengan pos
berdaftar atau diambil sendiri.
- Rekod-rekod yang dipinjamkan hendaklah dikembalikan semula
ke Arkib Negara Malaysia setelah digunakan di dalam tempoh sebulan.
Jabatan perlu menghubungi Arkib Negara Malaysia sekiranya tempoh
penggunaan rekod tersebut hendak dilanjutkan.
Rekod-rekod yang dipinjam tetapi
tidak dikembalikan semula di dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pinjaman akan
dibatalkan daripada senarai pemindahan.
4. JADUAL PEMISAHAN REKOD
Apa Itu Jadual
Pemisahan Rekod Awam?

Jadual Pemisahan Rekod Awam ialah
satu jadual yang menentukan satu tempoh simpanan bagi sesuatu jenis rekod di
sesebuah Jabatan/Agensi Kerajaan. Ia bertujuan memudahkan sesebuah
Jabatan/Agensi Kerajaan menjalankan kerja-kerja pemisahan (disposal) ke atas
rekod-rekod mereka. Dengan adanya jadual Pemisahan Rekod Awam sesebuah
Jabatan/Agensi akan dapat mengetahui dengan mudah persoalan-persoalan berikut :
1.
Selama mana sesuatu
jenis rekod harus disimpan di Jabatan/Agensi.
2.
Bila sesuatu jenis
rekod harus dimusnahkan.
3.
Bila sesuatu jenis
rekod harus dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
Jadual disediakan untuk meliputi
segala jenis rekod yang diwujudkan oleh sesebuah Jabatan/Agensi Kerajaan. Ia
mengandungi maklumat mengenai subjek, isi kandungan rekod dan tindakan
pemisahan yang perlu diambil selepas tempoh simpanan rekod di Jabatan/Agensi
Kerajaan dipatuhi dan semua tindakan ke atasnya selesai.
Apa Itu Rekod
Awam?
Di bawah Akta Arkib Negara 2003,
rekod awam ertinya rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh
mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana
pekhidmat awam atau pekerja pejabat awam dalam perjalanan tugas rasminya dan
termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan dan juga termasuk segala rekod
yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini, adalah dalam jagaan atau di bawah
kawalan Arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Arkib Negara 1966
[Akta 511].
Apakah
Kepentingan Jadual Pemisahan Rekod Awam?
- Mewujudkan sistem pengurusan rekod yang sistematik, cekap
dan berkesan di Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Mengenalpasti rekod-rekod yang bernilai
penyelidikan/sejarah untuk disimpan di Arkib Negara Malaysia sebagai bahan
penyelidikan.
- Memberikan kelulusan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan
memusnahkan dengan segera rekod-rekod yang tidak bernilai mengikut
peraturan-peraturan yuang ditetapkan.
- Mengenalpasti rekod-rekod penting Kerajaan.
- Menjimatkan kos dari segi penggunaan peralatan dan ruang
pejabat.
- Mengatasi masalah kesesakan ruang.
Bagaimana Jadual
Pemisahan Rekod Awam Disediakan
Tindakan
Jabatan/Agensi Kerajaan
- Melantik Pegawai Rekod Jabatan
- Mendapatkan khidmat nasihat Arkib Negara Malaysia atau
cawangan-cawangannya.
- Menubuhkan Jawatankuasa Jadual Pemisahan Rekod Awam.
- Mengumpul maklumat mengenai akta, organisasi, fungsi dan
aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Mengenalpasti jenis-jenis rekod yang didapati di
Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Mengisi borang Inventori Rekod (Contoh borang boleh
didapati dari Arkib Negara Malaysia)
- Mengkaji rekod untuk menentukan nilainya.
- Mencadangkan tempoh simpanan dan tindakan pemisahan rekod.
- Mendapatkan pengesahan dari Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Memajukan 3 salinan borang Inventori Rekod ke Arkib Negara
Malaysia untuk semakan.
- Mengedarkan Jadual Pemisahan Rekod Awam ke
bahagian-bahagian untuk pelaksanaan setelah diluluskan oleh Arkib Negara
Malaysia.
- Mengkaji semula Jadual Pemisahan Rekod Awam yang telah
disediakan setiap lima tahun.
Tindakan Arkib
Negara Malaysia
- Menyediakan draf Jadual Pemisahan Rekod Awam berdasarkan
borang Inventori Rekod yang diterima dari Jabatan/Agensi Kerajaan untuk
kajian Jawatankuasa Inventori/Jadual Pemisahan Rekod Awam Arkib Negara
Malaysia.
- Mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
ke atas Jadual Pemisah Rekod Awam.
- Menyediakan salinan Jadual Pemisahan Rekod Awam yang telah
diluluskan untuk simpanan dan edaran Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Memajukan sesalinan borang Inventori Rekod ke
Jabatan/Agensi Kerajaan untuk simpanan

Penyediaan Jadual Pemisahan Rekod
Awam merupakan satu tanggungjawab yang penting dan harus diberi keutamaan oleh
Jabatan/Agensi Kerajaan. Kerjasama di antara Jabatan/Agensi Kerajaan dengan
Arkib Negara Malaysia diperlukan untuk menjayakannya.
5. PEMUSNAHAN
REKOD AWAM
Takrif Pemusnahan
Rekod

Pemusnahan Rekod
adalah proses akhir dalam pengurusan rekod di mana rekod-rekod yang tidak
bernilai atau tidak boleh digunakan lagi dari segi pentadbiran, penyelidikan
dan perundangan diasingkan dan dimusnahkan mengikut prosidur pemusnahan rekod
yang telah ditetapkan.
- Rekod-rekod yang tidak aktif dan tidak diperlukan lagi
serta tidak mempunyai nilai utama (primary value) seperti nilai
penyelidikan pentadbiran dan perundangan.
- Rekod-rekod yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
- Rekod-rekod yang telah tamat tempoh simpanan mengikut
Jadual Pemisahan Rekod Jabatan dan Jadual Pemisahan Rekod Awam yang telah
dipersetujui oleh Arkib Negara Malaysia dan Jabatan berkenaan.
- Rekod-rekod kewangan seperti buku akaun, resit, baucer
lejer, jernal dan lain-lain lagi menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 9/1986 (Pindaan kepada Arahan Perbendaharaan 150).
Keperluan
Pemusnahan Rekod
- Mengatasi masalah kesesakan ruang pejabat.
- Menjimatkan kos peralatan dan ruang pejabat.
- Menjimatkan masa dan tenaga untuk mengesan rekod.
- Mewujudkan sistem pengurusan rekod yang sistematik, cekap
dan berkesan.
Prosidur
Pemusnahan Rekod

Pemusnahan Rekod
Yang Mempunyai Jadual Pemisahan
- Memastikan hanya rekod-rekod yang mempunyai Jadual
Pemisahan dimusnahkan setelah tamat tempoh simpanan yang ditetapkan.
- Mengasingkan rekod-rekod yang dicadang musnah dari
rekod-rekod yang masih diperlukan untuk rujukan.
- Memastikan rekod-rekod yang hendak dimusnahkan mempunyai
nombor dan tajuk/perkara seperti yang terdapat di dalam Jadual Pemisahan
Rekod Jabatan, Jadual Pemisahan Rekod Am atau borang-borang Inventori
Rekod.
- Memaklumkan mengenai jumlah dan jenis rekod yang
dimusnahkan kepada Arkin Negara Malaysia dalam ukuran meter panjang/padu
(ukuran bertimbun)
Pemusnahan
Rekod yang tidak mempunyai Jadual Pemisahan
- Menyenaraikan rekod-rekod yang tidak aktif atau yang tidak
digunakan lagi di dalam senarai pemindahan rekod seperti di dalam Surat
Pekeliling Am 23/1972.
- Memajukan senarai pemindahan ke Arkib Negara Malaysia
untuk dibuat penilaian.
- Mengasingkan rekod-rekod yang dicadang simpan dan yang dicadangkan
musnah oleh Arkib Negara Malaysia.
- Memindahkan rekod-rekod yang dicadangkan simpan ke Arkib
Negara Malaysia.
- Memohon kebenaran pemusnahan dari Arkib Negara Malaysia
bagi rekod-rekod yang dicadang musnah menurut Seksyen 25, Akta Arkib
Negara Malaysia 2003.
- Memaklumkan jumlah ukuran rekod di dalam meter
panjang/padu (ukuran bertimbun) kepada Arkib Negara Malaysia bagi setiap
kali pemusnahan dijalankan.
Pemusnahan
Rekod-Rekod Kewangan
- Memohon kebenaran daripada Jabatan Akauntan Negara dan
Jabatan Audit Negara menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/1986
(Pindaan kepada Arahan Perbendaharaan 150). Salinan permohonan hendaklah
dimajukan kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia.
- Memaklumkan jumlah ukuran rekod di dalam meter panjang/padu
(ukuran bertimbun) kepada Arkib Negara Malaysia bagi setiap kali
pemusnahan dijalankan.
Cara-cara
Pemusnahan Rekod
- Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 22/1975.
- Dibakar atau menggunakan mesin perincih.
- Berdasarkan Arahan Keselamatan bagi rekod-rekod
terperingkat.
Penalti Kerana
Melanggar Akta Arkib Negara Malaysia 2003

Pelanggaran peruntukan seksyen 25
Akta Arkib Negara Malaysia akan didenda sebanyak RM5,000 atau 1 tahun penjara
atau kedua-duanya sekali menurut Seksyen 25(5) Akta Arkib Negara Malaysia 2003.
6. RANCANGAN REKOD PENTING KERAJAAN
Apa Itu Rekod
Penting Kerajaan

Rekod Penting Kerajaan adalah
rekod-rekod yang mengandungi maklumat yang sangat bernilai bagi meneruskan
peranan dan fungsi asas jentera Kerajaan serta melindungi kepentingan Kerajaan
dan hak-hak asasi individu.
Apakah Tujuan
Rancangan Rekod Penting Kerajaan?
Rancangan Rekod Penting Kerajaan
mempunyai dua tujuan utama iaitu :
1.
Mengenalpasti
Rekod-rekod Penting Kerajaan.
2.
Menentukan
rekod-rekod tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat terutama semasa
kecemasan/bencana.
Pemusnahan
Rekod yang tidak mempunyai Jadual Pemisahan
- Menyenaraikan rekod-rekod yang tidak aktif atau yang tidak
digunakan lagi di dalam senarai pemindahan rekod seperti di dalam Surat
Pekeliling Am 23/1972.
- Memajukan senarai pemindahan ke Arkib Negara Malaysia
untuk dibuat penilaian.
- Mengasingkan rekod-rekod yang dicadang simpan dan yang
dicadangkan musnah oleh Arkib Negara Malaysia.
- Memindahkan rekod-rekod yang dicadangkan simpan ke Arkib
Negara Malaysia.
- Memohon kebenaran pemusnahan dari Arkib Negara Malaysia
bagi rekod-rekod yang dicadang musnah menurut Seksyen 25, Akta Arkib
Negara Malaysia 2003.
- Memaklumkan jumlah ukuran rekod di dalam meter
panjang/padu (ukuran bertimbun) kepada Arkib Negara Malaysia bagi setiap
kali pemusnahan dijalankan.
Pemusnahan
Rekod-Rekod Kewangan
- Memohon kebenaran daripada Jabatan Akauntan Negara dan
Jabatan Audit Negara menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/1986
(Pindaan kepada Arahan Perbendaharaan 150). Salinan permohonan hendaklah
dimajukan kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia.
Apakah Jenis
Kecemasan/Bencana Yang Boleh Merosakkan Rekod?
Kecemasan/bencana yang boleh
menyebabkan kerosakan kepada rekod-rekod adalah seperti berikut :
1.
Kekacauan dan
peperangan
2.
Kebakaran
3.
Kecurian/kehilangan/kerosakan
4.
Bencana Alam seperti
banjir, ribut, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.
Apakah Cara-cara
Memelihara Rekod Penting Kerajaan?

Cara-cara untuk memelihara Rekod
Penting Kerajaan adalah seperti berikut :
1.
Menyimpan dan
memelihara salinan asal Rekod Penting Kerajaan di tempat yang selamat.
2.
Membuat salinan
keselamatan Rekod Penting Kerajaan dalam bentuk mikrofilem, mikrofis dan
sebagainya.
3.
Menyimpan
salinan-salinan keselamatan di tempat yang selamat.
|
Home | Program | Peserta
| Profil Arkib |
Komen | Pengendali
|
Di
ambil dari http://www.arkib.gov.my/pengurusanrekod/peng-rekod-kerajaan.htm
Dibina
semula pada 19/03/05 oleh Azizi@2004