Penggredan Melalui Sistem Abjad Markah yang menggunakan abjad adalah paling lama dan paling
popular digunakan. Gred abjad
menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk
abjad yang biasanya Terdapat
pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini. Kelemahan gred
abjad ialah, sama seperti
gred peratus, ia tidak menggambar
secara Sistem Abjad Sistem ini
( A, B, C, D, E, F) mudah digunakan, senang mencari puratanya dan selalu digunakan
untuk meramal kemajuan akan datang.
Nilainya adalah seperti berikut iaitu
A untuk cemerlang, B untuk baik, C untuk
memuaskan, D untuk lemah dan E atau
F untul gagal. Kadangkala nombor digunakan untuk mengantikan abjad. Pemberian Gred
Abjad Seorang
guru mungkin menghadapi beberapa pembutiran semasa ingin membuat
keputusan tentang pemberian gred seperti apakah jenis dan tahap
kemahiran yang perlu dilambangkan oleh gred, apakah data-data yang perlu dicampurkan untuk mendapatkan sesuatu gred dan
sejauh manakah sebaran gred harus
dibuat. Salah satu
cara bersistematik yang digunakan ialah melakukan langkah pertama dengan menukarkan markah mentah (raw score) kepada markah/skor Z dan markah/skor T. Sekiranya terdapat lebih dari satu ujian
untuk menentukan satu gred akhir,
tentukan pemberat dengan mengunakan kaedah yang telah diterangkan terlebih dahulu iaitu mengambil
kira sebaran markah. Jumlahkan semua
markah dan bina graf kekerapan
kekerapan untuk jumlah (total) markah supaya memudahkan guru membuat keputusan dan kirakan nilai
min, median, mod dan sisihan
piawai/lazim. Gunakan nilai
median (sekiranya
terdapat beberapa markah ekstrem) atau min (sekiranya nilai min adalah sama
dengan nilain median) sebagai garisan rujukan atau pemisah
tengah untuk dua kumpulan (tinggi
atau rendah). Titik
pemisah tersebut ialah garisan tengah
untuk Gred C dengan sempadan tertingginya ialah + ½ sisihan piawai dan sempadan terendahnya
ialah – ½ sisihan piawai. Dengan
mengunakan penanda julat setiap sempadan
gred 1 sisihan piawai, Gred B berada diantara + ½ sisihan piawai dan + ½ sisihan piawai, Gred A berada dari + 1 ½ sisihan piawai keatas. Begitu juga dengan pembahagian Gred D iaitu antara – ½ sisihan piawai dan – 1 ½ sisihan piawai dan Gred
F dari – 1 ½ sisihan piawai ke bawah. Sebagai contoh,
sekiranya nilai median =
0.1 sisihan piawai atau markah Z = 0.1 dan markah T = 51, maka taburan sela
gred kelas adalah seperti berikut : Dalam contoh
diatas, Gred A adalah untuk markah
24 ke atas, Gred B diantara 22 dan 24, Gred C diantara 19 dan 21, Gred D diantara 16 dan 18 dan Gred
F bawah daripada 16. Kerja menjadi
lebih mudah dan sistematik apabila guru menyediakan jadual dengan ruang
untuk nama
pelajar, markah mentah, markah Z, markah T dan gred.
Lihat contoh lanjutan dalam jadual dan rajah berikut yang mengunakan
data dalam jadual berikut. Markah mentah ditukar
ke markah Z dan T. Titik tengah
untuk Gred C dipilih berdasarkan nilai median iaitu amrkahnya ialah 45.8 (5 sebelum dan selepas
45.8 iaitu 1 sisihan piawai). Dengan ini, taburan gred
berdasarkan markah T ialah :
Jadual 1. Pemberian Gred
Rajah 1. Kaitan Antara Sisihan Piawai dan Skor Piawai dengan Pemberian Gred Berdasarkan Nilai Median 45 |
Dibina pada Apr 17, 2010 dan dimuatkan pada Apr 17, 2010 oleh Pengendali@2006