Make your own free website on Tripod.com
 

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JALAN DUTA 50605 KUALA LUMPUR
TEL 03 62011144

MEMO DALAMAN

Ruj. Kami : LPM/SPKA/0076                                                       Tarikh : 17 Mac 2004 

Tajuk       :

PILIHAN WAKTU BERTUGAS

Daripada :

Ketua Sektor (SPKA)

Salinan :
Pengarah Peperiksaan
Timbalan Pengarah Peperiksaan
Fail Timbul

 

Kepada    :

Semua Ketua Sektor

 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2.            Sehubungan dengan itu, merujuk kepada Pekeliling JPA 2/04 – Waktu Bekerja Anjal, tuan/puan diminta melaksanakan kemudahan tersebut kepada semua pegawai dan staf di sektor masing-masing. Bersama-sama ini disertakan salinan Pekeliling JPA 2/04 dan Borang Pilihan Masa Bekerja untuk makluman dan tindakan seterusnya.

3.            Pelaksanaan waktu kerja anjal ini akan memberi lebih masa kepada pelanggan yang ingin berurusan dengan pihak LPM di samping memberi keselesaan kepada pegawai dan staf di sektor tuan/puan untuk memilih masa bekerja yang sesuai. Untuk makluman tuan/puan pelaksanaan waktu bekerja ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2004.

4.             Tuan/Puan diminta memaklumkan perkara ini kepada pegawai dan staf masing-masing dan mengembalikan semula Borang Pilihan Masa Bekerja yang telah dilengkapi selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Mac 2004. Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 (DATIN PAISAH BINTI HJ.YUSOFF)
Ketua Sektor Pengurusan, Kewangan dan Akaun
Samb.Tel : 5301
E-Mail : paisah@lpm.moe.gov.my
17-02-04/memo/ksspka.doc

 

*************************************************************************

| Surat Panggilan | Jadual | Contoh 1 | Contoh 2 | Contoh 3 | Contoh 4 | Contoh 5 | Nota | Pautan |

*************************************************************************

Dibina pada April 1, 2004 dan DiKemaskini Pada April 02, 2004 oleh Azizi. Hakcipta@2004.