Ruj. Kami : LPM/SPKA/0076                                                       Tarikh : 17 Mac 2004 

Tajuk       :

MESYUARAT PEMBINAAN ITEM 2004

Daripada :

Pengarah
Lembaga Peperiksaan

Salinan :

Timbalan Pengarah Peperiksaan
KS SPKA
 

Kepada    :

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas. 

2.      Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ingin menjemput sepuluh (10) orang guru pakar Matematik dari Bahagian tuan untuk menghadiri mesyuarat pembinaan item bagi mata pelajaran Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menggubal soalan Matematik SPM yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahihan yang tinggi. Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut :   

                               
                         Tarikh               : 4 April 2004 (Isnin)

                         Masa                : 9.00 pagi

                         Tempat             : Bilik Mesyuarat Bunga Mawar
                                                   Tingkat 3 

 Kerjasama sepenuhnya daripada tuan/puan amatlah dihargai.

 Sekian, terima kasih. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”   

 

 

(DATUK HJ.YAAKUP BIN HJ.EDERIS @ IDRIS) 
Pengarah
Lembaga Peperiksaan

Samb.Tel : 5300
E-Mail : yaakup@lpm.moe.gov.my 
17-02-04/memo/pengarah.doc

 

 

************************************************************************

| Surat Panggilan | Jadual | Contoh 1 | Contoh 2 | Contoh 3 | Contoh 4 | Contoh 5 | Nota | Pautan*************************************************************************

Dibina pada April 1, 2004 dan dikemaskini pada April 02, 2004 oleh Azizi.Hakcipta@2004